10 foto sekitar majlis resepsi Miera Leyana, tak kisah digelar isteri kedua

4,476 views

Miera Leyana, 27 tahun sekali lagi mengulas tentang dakwaan mengatakan dirinya adalah isteri kedua kepada suaminya, Rosland Othman yang kini berumur 47 tahun.

Jelas pelakon ini, dia sebenarnya rasa agak pelik kenapa netizen seperti nak sibuk bercerita samada dia sedang berpoligami, sebab itu bukan satu isu besar mahupun menyalahi sebarang undang-undang.

“Saya tidak kisah jika ada pihak nak label saya sebagai isteri kedua mahupun isteri ketiga. Saya tidak berapa nak faham mengapa rakyat kat Malaysia anggap isu poligami itu tidak okey dan rasa macam ianya satu isu besar.

“Jika saya ni isteri kedua atau ketiga pun, saya tidak rasa apa yang saya buat itu salah kerana kami berdua tak kahwin secara rahsia. Saya dah adakan majlis besar-besaran malah jemput begitu banyak tetamu dan ini termasuklah pihak media.

“Tiada benda yang nak saya sorok. Jika saya buat salah, baik saya kahwin kat Thailand secara sembunyi dan family saya tak akan buat majlis besaran.

Apabila ditanya status sebenarnya, Miera Leyana tak nak cerita dengan lebih lanjut, dan tak kisah dengan spekulasi orang luar.

“Saya tak nak iyakan atau menidakkannya kerana saya tidak mahu panjangkan isu itu. Orang nak kata apa cakaplah, saya tidak kisah kerana saya tak boleh nak tutup mulut semua orang.

“Saya dan suami dah selamat bernikah dah kini suami isteri yang sah. Oleh itu, harap beri doa yang baik-baik saja. Akui kami ada tertekan dengan hal ini. Patut lepas jadi suami isteri semuanya akan jadi indah namun ada hal sebegini pula”

Miera dan suaminya Rosland, 47, ditemui dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu, malam.

Ini beberapa gambar sekitar majlis berkenaan.

Majlis berkenaan dihadiri ramai artis selebriti antara ialah Emma Maembong, Nelydia Senrose, Ayda Jebat dan ramai lagi.

Miera dan suaminya, usahawan Rosland telah mula berkenalan sejak empat tahun lepas. Mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tarikh 26 Julai lepas.