10 foto sekitar pernikahan Dayah Zubit, pengasuh Siti Aafiyah

6,802 views

Sebelum ini pernah tular tentang seorang wanita yang menjaga anak pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza. Nama wanita berkenaan ialah Dayah Zubit. Antara yang viral tak lama dulu ialah kebolehannya menyanyikan lagu di satu majlis majikannya itu.

Sejak itu, Dayah Zubit menjadi popular sebagai pengasuh Siti Aafiyah. Malahan, followernya miliknya di laman Instagram juga amat banyak, sudah mencecah 200 ribu.

Dalam perkembangan terkini, sebelum tibanya perintah kawalan pergerakkan yang bermula pada 1 Jun 2021, Dayah Zubit telah pun buat keputusan untuk akhiri zaman solonya.

Dayah yang kini berumur 25 tahun telah selamat disatukan dengan jejaka pilihannya, seorang pemain bola sepak.

Nama suaminya ialah Ridzuan Razali, sorang pemain forward untuk pasukan Terengganu FC.

Majlis nikah secara kecil-kecilan dibuat di sebuah dewan di Sungai Petani, Kedah pada tengah hari Ahad, baru-baru ini.

Dayah ada muatnaik beberapa foto pernikahannya. Ini tulisnya: “Salam semua, Alhamdulillah, assalamualaikum imamku.

Sempena mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan, majlis hanya dihadiri family saja. Namun begitu, Dayah telah buat satu siaran live untuk kenalan dan rakan-rakan.

Malahan, Siti Nurhaliza dan Aafiyah juga tak dapat datang untuk merentas negeri. Akan tetapi Dayah ada tunjuk dia sempat buat video call dengan Aafiyah sebelum majlis.

Sempena perkahwinan Dayah Zubit, Siti Nurhaliza serta suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datok K telah menaja baju pernikahan hasil rekaan fashin designer terkenal iaitu Rizman Ruzaini.

Ternyata Dayah Zubit amat gembira dengan busana rekaan Rizman Ruzaini yang amat cantik itu.

Tak tahu nak cakap macam mana, speechless. Cantik sangat baju ni. Macam tak percaya. Thank you so much Mak Iti dan Dato sebab beri hadiah ini. Saya amat menghargainya. Tak boleh move on cantik sangat. Ada terfikir layak ke pakai, sebab memang cantik.

Jom layan beberapa gambar pasangan pengantin baru ini.

Memang secocok sekali mereka berdua ini, semoga bahtera perkahwinan akan berkekalan dan bahagia selalu.