15 Foto sekitar majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran

6,017 views

Noor Nabila, 36 tahun kini sah bergelar isteri kepada Engku Emran, 46 tahun. Pasangan ini bernikah sekitar jam 10 pagi Jumaat, 19 Mac 2021.

Majlis pernikahan diadakan di Masjid at Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dengan berwalikan adik lelaki Nabila, Mohamed Aqief.

Nabila telah menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan tiada sebarang hantaran diberi oleh kedua pengantin. Jumlah wang hantaran juga tak diberitahu berapa jumlahnya.

Ini antara foto sekitar majlis pernikahan pasangan ini.

Setelah sah bergelar isteri, akhirnya Nabila menunaikan janji dengan memberi kenyataan tentang kisah hubungannya dengan Engku Emran.

Nabila berkata dia amat bersyukur telahpun bergelar isteri kepada Engku Emran dan majlis hanya dihadiri oleh family sahaja dengan prosedur yang ditetapkan.

Syukur. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan lancar. Ia dibuat dengan serba ringkas dan patuh semua prosedur operasi standard.

Majlis nikah ni hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat saja. Kami buat apa yang wajib, dengan cara sederhana.

Apa yang lebih kami pentingkan ialah keberkatan. Kami tak ada nak rancang buat majlis lain lagi lepas ini.

Tentang kisah hubungannya, ini pula cerita dari Nabila.

Kami berdua jalin hubungan dan tak ada pun bertunang seperti yang dikatakan sebelum ini. Saya mula kenali hati budi Engku Emran pada bulan Ogos tahun lepas. Di awalnya, kami hanya kawan biasa saja.”

Start sekitar hujung tahun lepas, baru nampak kami semakin rapat. Kami juga ada minat yang sama contohnya aktiviti berbasikal.”

Pernah mengalami nasib yang sama iaitu gagal dalam perkahwinan yang lepas, kini pengalaman mendewasakan mereka dan akan cuba yang terbaik.

Kami dua-dua pun pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Kini kami sudah matang dan kami tahu apa yang kami mahu dalam perkahwinan, kami akan buat terbaik dan akan ada antara satu sama lain.”

Antara gambar yang menarik perhatian ialah gambar keluarga kecil Engku Emran dan Nabila termasuk anak-anak mereka, Engku Alesya dan Jebat Jayden.

Tahniah kepada pasangan pengantin baru, Noor Nabila dan Engku Emran.