17 tahun kahwin, akhirnya Opie Zami lafaz talak satu pada isteri

2,138 views

Terkenal dengan watak Mat Rock menerusi sitcom Spanar Jaya, Opie Zami kini mengumumkan dirinya dan isteri telah berpisah.

Setelah 17 tahun berkahwin, Opie yang kini dah berumur 46 tahun, berpisah talak satu dengan isterinya, Zamzarina yang berumur  43 tahun, selepas 17 tahun berkahwin.

Lafaz berkenaan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Dari laporan beberapa portal, Opie telah melafazkan talak satu kepada Zamzarina di depan hakim setelah wanita berkenaan buat tuntutan untuk berpisah dengannya,

Reda dengan permintaan dan mengakui reda dan akhirnya memenuhi permintaan Zamzarina walaupun 17 tahun hidup bersama. Ini komen dari Opie Zami.

“Saya amat menghormati di atas permintaan isteri dan saya reda dengan ketentuan ini. Isteri saya tidak bersalah dalam kes ini, sebenarnya saya yang gagal untuk membentuknya jadi seorang isteri mithali atau yang terbaik.

“Isteri saya ni seorang yang amat bagus dan memang ibu yang amat baik kepada anak-anak. Namun begitu, punca perpisahan antara kami berdua ini adalah amat peribadi untuk saya share kepada public”.

Opie berkata sedemikian setelah ditanya oleh wartawan yang menunggunya di luar mahkamah. Turut ditemubual ialah bekas isterinya Zamzarina.

Zamzarina menyatakan sebenarnya dia dah pun buat tuntuan dengan memfailkan perpisahan terhadap Opie pada tarikh 16 Mac tahun ini. Ini pula komen dari Zamzarina.

“Kemelut perkahwinan kami sebenarnya dah ada masalah sejak 10 tahun yang lepas pun, sejak tahun 2010. Ini bukanlah first time saya datang dan buat tuntutan kat mahkamah. terlalu banyak cerita lokasi boleh saya katakan.

“Kalau ikutkan dah tiga kali saya naik turun kat mahkamah ni. Setelah hal ini selesai, lepas ini, saya akan teruskan dengan isu hak penjagaan anak kami dan akan buat tuntutan nafkah pula.

Zamzarina datang dengan berwakilkan peguamnya Azmanira manakala Opie tak diwakili oleh sebarang peguam.

Mengikut fakta, pasangan ini bernikah pada tarikh 5 Disember 2003 dan mereka mempunyi tiga orang anak lelaki berumur antara 15 tahun dan 8 tahun.

Share this on...