19 Foto: Majlis Merisik Uqasha Senrose

5,549 views

Hubungan antara dua pelakon popular, Uqasha Senrose, 29 tahun dan Kamal Adli, 35 tahun, kini dah masuk fasa baru. Kamal Adli disahkan telahpun merisik kekasihnya itu semalam.

Hal ini disahkan oleh Raysha Rizrose iaitu adik kepada Uqasha Senrose. Jelas Raysha majlis merisik itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kata Raysha lagi, majlis tersebut dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri hanya family sahaja. Kamal Adli turut hadir ke majlis berkenaan.

Ketika hadir merisik family Kamal telah memberi Uqasha sebentuk cincin tanda merisik yang disarungkan oleh ibu kepada Kamal Adli.

Ini antara gambarnya, majlis merisik Uqasha.

Jom baca kenyataan dari Raysha Rizrose tentang majlis merisik Uqasha Senrose.

Kakak saya Uqasha Senrose dah selamat dirisik semalam di satu majlis kecil sahaja, ikut SOP.”

Dalam lebih kurang jam 2 petang, pihak family Kamal datang hantar rombongan ntuk merisik Uqasha.”

Antara perkara yang jadi topic perbincnagan di majlis ini ialah tentang persiapan untuk majlis nikah dan hal lain seperti jumlah hantaran.

Kamal Adli datang dengan ibu bapanya. Baru merisik dan masih belum bertunang lagi. Sebagai adik, satu langkah sudah selesai, syukur sangat.”

Kata Raysha setelah dirisik secara rasmi, ianya merupakan satu fasa baru, dan dia amat sebak dan gembira melihat kebahagiaan kakaknya apatah lagi sebelum ini banyak diuji.

Sudah tentu saya rasa sebak dan gembira. Ini satu fasa baru. Saya harap semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Majlis kakak dan Kamal nanti, kami semua dah sedia untuk bantu dan sibukkan diri.”

Kakak saya ni dah lalui banyak dugaan di alam percintaannya. Bila dia dah jumpa jodoh yang sebenar, saya gembira tengok dirinya.”

Kalau tengok, memang jelas terpacar wajah gembira dan bahagia bila kakak ada bersama Kamal. Dia dah ready untuk menjadi isteri dan lalui alam perkahwinan.”

Sebelum ini Kamal Adli telah buat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose secara live di satu majlis anugerah tahun lalu. Tahniah diucapkan buat Kamal Adli dan Uqasha Senrose.