Setelah 3 bulan berselisih, Aliff Syukri dan isteri berdamai

5,432 views

Dato Aliff Syukri dan isterinya Datin Nur Shahida memang ada salah faham akan tetapi semuanya dah pulih hari ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Aliff Syukri melalui laman IG miliknya.

Jutawan ini berkata mereka pasangan suami isteri telah berkelahi hampir 3 bulan lamanya dan syukur semuanya dah pun selesai.

“Terima kasih tuhan sebab masih sayang famili saya ini, semua orang pasti mahu bahagia dalam perkahwinan. Bagi abang, memang nak kahwin tu agak mudah namun nak pertahankan perkahwinan itu bukan satu benda yg senang, memang banyak dugaan cabaran dan kesabaran yang perlu ditempuhi.

Jelasnya, mereka berdua memang ada perbezaan, dan tidak sama dari pelbagai benda. Jadi memang mudahlah untuk selisih pendapat. Tapi tiada gunya kalau mereka terus masam muka, dan kena cepat betulkan keadaan perkahwinan mereka.

“Berkelahi dalam rumah tangga itu adalah normal apatah lagi memang kami berdua adalah suami isteri yang beza dari semua sudut perkara. Itu merupakan lumrah kehidupan di alam perkahwinan. Mereka yang masih lagi belum kahwin mungkin tak akan faham apa yang abang rasa ini, bagi abang dalam rumah tangga, kita kena henti cari salah paasngan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul.

“Tiada gunanya pun jikalau kita cari siapa yang betul atau siapa yang menang, pokok pangkalnya kita kena cari keserasian untuk memperbetulkan keadaan. Kita juga kena tahu bahawa syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan, jangan kerana syurga kat bawah kaki, suka-suka nak pijak.

Jelas Aliff Syukri, sebagai manusia memang taka da yang betul-betul sempurna. Malah dia juga ada buat lagu khas untuk isterinya itu kerana sedih dengan apa yang berlaku.

“Kesimpulannya tiada benda yg sempurna dalam kedidupan ini, kalau semua benda sempurna itu yang dinamakan syurga. Terima kasih semua yang ambil berat tentang hubungan kami sekeluarga. terima kasih doa kalian smua.

“Syukur segalanya dah berdamai sebab apa, yang berlaku ini biarlah kami saja yang tahu. Kami dua dua salah dan kami akan betulkan silap kami. Apa pun saya sayang awak Shahida dan keluarga kita dan lagu ‘Cuba Bahagia’ itu saya buat sempena kisah sedih saya yang bergaduh selama hampir 3 bulan lamanya”

Share this on...