4 Foto: Tahniah Ayie Floor88

2,134 views

Vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie kini mahu jalinkan hubungan dengan lebih serius dengan kekasih hatinya, seorang gadis bernama Tasha Awie.

Kini Ayie dan Tasha Awie dah 3 tahun jalinkan hubungan cinta, dan akhirnya mereka setuju untuk mengikat tali pertunangan.

Mengikut rancangan, Ayie dan Tasha akan bertunang dalam satu majlis yang akan dibuat pada hari Sabtu, esok.

Tasha Awie, 22 tahun merupakan business partner Ayie dan mereka berniaga kedai makanan iaitu Ayie Elham Café di Setapak.

Yakin bahawa Tasha Awie adalah gadis yang dicari sebagai peneman hidup, Ayie tak mahu tunggu lama dan jika boleh mahu halalkan hubungan mereka dan bernikah pada tahun depan.

“Kami dah ada pada tahap saya sudah benar-benar kenali hati budinya. Malah kami bersama melabur duit untuk bersama uruskan perniagaan kafe. Oleh itu saya amat yakin Tasha bukanlah gadis biasa.”

“Walaupun usia kami masih lagi muda, sebenarnya saya banyan nampak ada ciri-ciri terbaik dalam diri Tasha. Dah tiga tahun kami berkenalan, walau ada anggap ianya waktu yang singkat, namun saya nampak Tasha ni ada visi dan sentiasa melihat masa depan.”

“Oleh sebab itu, saya nak bawa hubungan cinta kami ini ke arah yang lebih baik. Kami dah sedia nak pikul tanggungjawab baru pada hari bahagia menjelma kelak.”

“Ikut rancangan, kami mahu dirikan rumah tangga pada tahun 2021. Tetapi, sebenarnya belum ada tarikh yang lebih spesifik. Insyaallah, kami memang nak cepatkan perkara yang baik ini.”

Tentang Tasha lagi, Ayie akui dia dah benar-benar jatuh cinta dengan gadis berkenaan, apatah lagi sentiasa ada bersama susah senang.

“Banyak yang saya lihat dalam dirinya tak ada pada gadis lain. Malahan senyuman manis Tasha pun dah berjaya memikat hati saya selama ini. Lebih bermakna, Tasha ni sentiasa ada bersama saya, ketika di masa susah dan juga senang.”

Kita tunggu majlis pertunangan Ayie dan Tasha akan berlangsung pada esok hari. Tahniah diucapkan.

Share this on...