5 Foto: Keluarga Azlan Merisik Elly Mazlein

7,219 views

Elly Mazlein dahpun dirisik oleh kekasih hatinya yang bernama Azlan pada hari ini. Penyanyi dan pelakon ini telah share kisah ini melalui laman IG miliknya petang tadi.

Majlis merisik yang dihadiri oleh keluarga Azlan telah diadakan di rumah keluarga Elly Mazlein di Cyberjaya.

Ini tulis Elly Mazlein di caption: “Izinkan aku rasa detik ini. Dalam penuhi impian majlis merisik kami sekeluarga, dalam masa yang sama ada juga pihak yang sedang cari rezeki dan sedang mendaki untuk cipta nama serta sedang lebar sayap dalam bidang masing-masing. Dgn adanya majlis, sudah pasti ada kaitan dengan para peniaga dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juga rezeki orang lain. Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly kerana kerjasama ini”

“Semoga Impian kita semua tercapai. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda. Lebarkan sayapmu”

Elly Mazlein telah tag semua yang terlibat dalam majlis merisik itu. Dan Elly Mazlein yang dikenali dengan nama Kak Lina Pompom, telah upload gambar ketika majlis berkenaan, memang cantik sekali Elly mengenakan gaun pengantin bergambar di pelamin.

Selebriti ini memberitahu sebenarnya majlis merisik itu dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak saja.

Ini komen Elly Mazlein di portal Harian Metro: “Merisik mmg impian semua wanita dan untuk majlis merisik kali ini, saya buat secara tertutup hanya untuk keluarga serta rakan terdekat.

“Merisik juga adalah proses untuk kedua belah keluarga saling kenal mengenali. Terima kasih buat bakal suami dan pihak keluarga sebab terima saya dengan seadanya.

“InsyaAllah, majlis tunang dan malam berinai akan dibuat dengan konsep Cik Siti Wan Kembang. Kemduian semasa majlis akad nikah serta juga majlis resepsi, saya akan ajak pihak media“

Untuk pengetahuan, sampai sekarang Elly Mazlein masih belum kongsi gambar kekasihnya itu kepada umum.

Share this on...