“Best day of my life” Zarina Anjoulie bercerai selepas 6 bulan kahwin

3,678 views

Selebriti yang sering bersuara lantang ketika memberi pendapat iaitu Zarina Anjoulie sekali lagi jadi tumpuan, ini setelah pelakon ini membuat satu pengumuman yang agak mengejutkan pagi tadi.

Zarina Anjoulie dan suaminya iaitu Eilyas Azhar yang lebih mesra disapa dengan nama Yas, disahkan telah membuat keputusan untuk berpisah. Rumah tangga pasangan ini telah berakhir.

Pelakon yang pernah popular dengan beberapa drama ini membuat pengumuman berkenaan melalui satu entry di laman media sosial miliknya sekitar jam 10 lebih pagi tadi.

Ini tulisnya: “Alhamdulillah, yes saya akhirnya dah bercerai dengan suami. Ini merupakan best day of my life. Alhamdulillah terima kasih kepada Yas.”

Zarina menutup ruangan komen untuk entry berkenaan. Tidak ada sebarang sebab atau kenyataan lain yang diberikan oleh Zarina.

Pendedahan ini sekaligus menjawab kenapa sudah lama tidak kelihatan suaminya itu pada bulan Januari ini, di laman media milik Zarina.

Setelah lebih kurang enam bulan berkahwin, akhirnya kedua mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Sepanjang perkahwinan, mereka berdua tidak dikurniakan anak.

Sesungguhnya, ramai yang terkejut dengan berita ini, kerena melihat kedua mereka ini akrab dan serasi bersama.

Diimbas kembali, pasangan ini bernikah di pajabat agama seremban Negeri Sembilan, ianya dibuat secara tertutup untuk rakan dan family terdekat sahaja. Yas merupakan rakan Zarina Anjoule dan tinggal berdekatan dengan rumahnya.

Kemudian, majlis resepsi telah diadakan pada tarikh 1 Ogos 2020. Kedua mereka memakai baju purple dan amat cantik sekali.

Apapun, didoakan agar kedua mereka dipermudahkan semua urusan masing-masing, dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan.

Ini merupakan kali dua Zarina Anjoulie gagal dalam rumahtangga, sebelum ini Zarina pernah bernikah dengan jejaka dari Brunei dan berpisah pada tahun 2016. Mereka mempunyai seorang anak lelaki.