6 Foto, King Coco selamat lahirkan baby kedua

8,278 views

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Binti Ismail antara selebriti internet yang amat viral beberapa tahun lepas.

Kini King Coco dah pun berkahwin, dan dah settle down dengan family nya. Dalam perkembangan terkini, King Coco dikahabarkan telah selamat melahirkan anak keduanya baru-baru ini. Hal ini dikongsi oleh King Coco di laman instagram miliknya semalam.

Jom baca beberapa post dari King Coco tentang proses kelahiran anak kedua itu.

Syukur alhamdullilah. Seorang lagi hero, anak lelaki dalam keluarga kami. Semua puji hanya kepada Allah, Dia yang aturkannya, memudahkannya dan juga meniyakannya”.

Sementara itu, menerusi insta story, King Coco memuji suaminya yang sentiasa berada di sisinya dan memberi kekuatan padanya ketika sedang hamil.

Thanks for everything. Awak seorang suami yang amat hebat. Awaklah yang akan jadi suami saya selamanya, forever. Tak dapat diungkapkan betapa saya sayang pada awak. Terima kasih yang tak terhingga kepada mu suamiku”.

Menerusi hashtag, King Coco mendedahkan bahawa nama anak kedua nya itu ialah Putra Muhammad Haqeem dan turut menyatakan dua kali dia push anak dah berjaya dilahirkan dengan selamat. Ini antara perkongsian Coco.

King Coco bernikah dengan seorang juruterbang bernama Captain Azrin Anas Abdul Shukor pada umurnya baru sahaja 19 tahun.

Pada tahun 2017, sekitar bulan November, King Coco menjadi ibu apabila selamat melahirkan zuriat pertamanya, anak sulung bernama Putra Kyle Mateen.

Diimbas kembali, King Coco pernah digelar ratu mix apabila berkata-kata dengan pelat atau slanga orang putih, macam mat salleh.

Pada awal tahun 2020, King Coco sekali lagi curi tumpuan apabila buat kemunculan semula di bidang politik apabila menang dalam pemilihan srikandi wanita untuk parti Bersatu di area Perak.

Apapun, tahniah diucapkan buat King Coco atau Marshaira dan juga suami, Kapten Azrin di atas kehadiran anak kedua itu. Semoga segala urusan berjalan lancar dan selamat berbahagia.