7 Foto: Sekitar majlis merisik Neelofa oleh keluarga Pu Riz

4,432 views

Ada cerita baik tentang hubungan antara pengacara dan pelakon terkenal tanah air iaitu Neelofa dengan seorang peserta rancangan reality dakwah Pencetus Ummah, Pu Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris.

Dikatakan, telah sah bahawa Neelofa telah dirisik oleh Pu Riz pada hari ini. Ianya dinyatakan oleh ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed melalui satu entry di Instagram sebentar tadi.

Kartini telah menyatakan rasa syukurnya setelah anaknya itu kini dirisik oleh Haris. Kartini memuatnaik dua keeping foto menunjukkan dirinya bersama Neelofa dan juga Pu Riz. Baca caption dari Noor Kartini.

Syukur daku kepadamu Ya Allah, ini adalah saat yang ku nantikan dan ianya dah pun tiba. Engkau telah hadirkan insan yang teramat istimewa, yang bakal membimbing bidadari kesayangan ku ini.

Aku yakin dengan segala yang ditentukan oleh mu, yang mana semoga insan ini akan dapat membahagiakan dirinya, serta dapat menyerikan dan lengkapkan hidupnya. Bukan itu sahaja, harapnya inilah insan yang akan menyokong setiap apa saja urusannya”.

Melalui laporan beberapa portal, ada sumber yang menyatakan bahawa Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai tanda beliau kini sudah dirisik oleh pihak Pu Riz.

Dari perancangan awal, dikatakan mereka berdua akan disatukan sebagai pasangan yang sah pada hujung bulan Mac tahun depan, tahun 2021.

Di majlis merisik itu, kedua-dua keluarga dari pihak PU Riz dan Neelofa telah hadir dan berbincang untuk merancang majlis perkahwinan mereka dan ini termasuklah jumlah hantaran kepada pihak perempuan.

Sehingga kini, kedua pihak Neelofa dan juga Pu Riz belum ada memberi kenyataan tentang majlis merisik ini. Kita tunggu pengumuman dari kedua belah pihak kelak.

Hubungan antara Neelofa dan Haris sememangnya disukai para peminatnya apatah lagi kini Neelofa telah berhijrah memakai niqab dan mendekatkan diri dengan pencipta. Semoga segalanya dipermudahkan amin.