8 Foto Emma Maembong dah ada baby bump, hamil anak pertama

5,232 views

Sebelum ini memang ada cakap-cakap yag mengatakan pelakon yang juga pengantin baru, Emma Maembong sudah berbadan dua. Namun tuan punya badan tak ada pun buat sebarang pengumuman.

Akhirnya semalam, Emma Maembong telah buat satu pengakuan bahawa dia memang kini sedang berbadan dua, anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya iaitu Shazli Azhar.

Pelakon berumur 28 tahun ini akui dia dan juga suami amatlah teruja untuk menantikan kehadiran insan istimewa yang akan lebih menyinari hidup mereka berdua sebagai suami isteri.

Ini komen Emma Maembong yang dibuat di Instagram miliknya malam semalam: “Honeymoon pertama buat kami berdua sebagai suami isteri dan ini juga percutian terakhir berdua dengan husband. Tidak sabar nak terima kehadiran baby kami”

Emma Maembong dan Shazli kini sedang bercuti di Dash Hotel, Pulau Langkawi Kedah. Kedua mereka dilihat telah muatnaik gambar bercuti di resort berkenaan.

Diruangan komen, para peminat dan followernya telah menulis ucapan tahniah kepada pelakon jelita ini. Turut kelihatan komen dari ramai rakan artis yang gembira mengetahui berita berkenaan.

Antara selebriti yang memberi respon ialah rakan baik Emma iaitu Apreena Manrose. Ini komen Apreena. “Emma dan suami okey, mereka busy nak upload gambar nak bagi tahu yang dia kini dah berbadan dua. Tengok sampai tak makan untuk peminat kesayangannya nak bagi tahu berita ini. Jadi, dah terjawab dah soalan kalian. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Emma dan Shazli. Love you guys”.

Ini koleksi foto terkini Emma Maembong ketika bercuti di Langkawi.

Diimbas kembali, Emma Maembong atau nama penuhnya, Fatimah Rohani binti Ismail dan suaminya, Shazli Azhar, yang bekerja sebagai pilot telah bernikah pada tarikh 20 Februari yang lepas di Petaling Jaya. Semoga bahagia selalu buat pasangan ini.