9 Foto: Raja Afiq selamat nikahi anggota polis, tahniah

31,046 views

Pelakon utama drama berjudul Sayangku Kapten Mukhriz, iaitu Raja Afiq kini selamat bergelar suami kepada seorang aggota polis iaitu Soffwany Yusoff.

Pasangan ini bernikah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam pada hari Sabtu bersamaan 19 September 2020 sekitar jam 9 pagi.

Dengan hanya sekali lafaz sahaja, Raja Afiq dinikahkan sendiri oleh bapa Saffwany iaitu Mohamad Yusoff Lebai Hamzah, yang mana seramai 18 tetamu menjadi saksi detik berkenaan.

Menurut laporan, Raja Afiq memberi wang hantaran sebanyak RM15000 dan RM seribu seratus satu ringgit sebagai mas kahwin. Ianya turut diserta dengan hantaran sebanyak lima dulang kemudian pihak pengantin perempuan memebrikan kembali tujuh dulang hantaran untuk pihak lelaki.

Ini komen dari pengantin lelaki ini. “Syukur sangat, alhamdulillah, walau perkenalan kami agak singkat, tapi ternyatalah jodoh antaar kami amat kuat. Kisah kami mula berkenalan pada akhir tahun lepas dan hanya mula jadi rapat sekitar awal tahun 2020.

“Kemudian kami bertunang bulan Mac 2020, kemudian pada mulanya nak kahwin bulan Ogos tahun ini. Akan tetapi, banyak hal terjadi kerana PKP dan semuanya tergendala buat seketika. Kemudian kami rancang buat majlis nikah pada bulan ini.

“Soffwany seorang wanita yang amat memahami diri saya, dia juga seorang yang lemah-lembut dan baik buat diri saya senang bersamanya. Diharapkan fasa baru dalam hidup kami berdua ini akan beri kebahagiaan pada kami”.

Selain itu, penagntin perempuan turut memberi komennya tentang suaminya itu. Soffwany memberitahu bahawa Afiq juga fahami jadual kerjanya sebagai polis dan penyanyi yang agak padat.

“Afiq ni seorang yang sweet dan caring serta dia tak ada nak beri tekanan pada saya walaupun saya ni sentiasa sibuk dengan tugasan”.

Tentang anak, mereka berdua menerima rezeki jika dikurniakan Tuhan, bila-bila masa saja pun okey.

Manakala tentang majlis seterusnya, Raja Afiq dan Soffwany akan bersanding pada bulan Januari 2021 yang dirancangan dibuat di Selangor atau di Ipoh Perak.

Rancangan selepas bernikah ini, mereka berdua akan ke pulau Langkawi untuk honeymoon.

Dari laporan, dikatakan Raja Afiq berkenalan dengan Soffwany melalui mesej di laman Instagram. Semoga bahagia melayari bahtera rumah tangga.