Abah kena buktikan dah berubah, tak nak macam dulu, selalu minta duit mama – Cik B

3,978 views

Akhirnya anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B buka mulut tentang isu melibatkan tuntutan dan permintaan bapanya Mohd Amin Yasin.

Ini berkaitan isu tuntutan hadhanah iaitu ayah kandungnya nak hak lawatan, berjumpa kedua-dua anaknya itu, Cik B dan juga Kacak.

Remaja berumur 15 tahun ini mengakui, dia sebenarnya tak kisah jika nak jumpa ayah kandung, namun ada syarat yang mudah iaitu mahu ayahnya itu terlebih dahulu berubah sikap.

Cik B yang memanggil ayahnya dengan panggilan abah, memberitahu lagi, ‘berubah’ yang dimaksudkan ialah tidak lagi meminta wang dari mama, Datuk Seri Vida. Ini komen dari Cik B tentang hal ini.

Sejujurnya saya tiada sebarang masalah untuk bertemu abah, namun kalau nak tido bermalam seperti tuntutan tu, maybe tak kot. Kerana akan ada rasa janggal dan awkward kalau bermalam, sebab tak biasa kan. Apapun Insyaallah, jika nak jumpa abah, saya okay ja”.

Tapi, cuma satu, saya harap sangat yang abah sekarang ni betul-betul dah berubah dan jika benar dia dah berubah, kena buktikan dulu kat saya”.

Saya tak nak lah seperti dulu, ada jumpa saya namun selepas tu akan suruh saya minta duit kat mama pula”.

Ketika mengetahui tuntutan dari ayah kandungnya itu, Cik B akui dia seperti blur sikit. Tapi baginya, yang paling penting ialah melihat ibunya, Datuk Seri Vida sentiasa dalam keadaan gembira.

Semasa pekerja mama beritahu tentang tuntutan hadhanah, reaksi saya ketika tu macam blur. Lepas tu, terus tanya pada mama hal berkenaan. Mama pula kelihatan amat tenang tentang isu itu”.

Saya tengok mama tenang, saya pun terus tak ada nak tertekan. Asalkan mama happy, saya dan Kacak pun happy”.

Menjawab ada pihak yang sibuk nak mengata tentang kisah familynya, dan kisah dia tak nak tengok bapanya, Cik B okey sahaja dan baginya kisah family adalah satu privasi.

Saya tak ada rasa marah kerana saya tak baca komen berkenaan, saya biarkan sahaja. Ada yang ungkit kisah lalu, tak mengapa. Saya okay saja, tapi maybe kesan lebih kepada diri mama sebab dia yang lalui banyak kisah perit dalam hidupnya dulu-dulu”.

Itulah komen dari Cik B tentang isu tuntutan ayah kandungnya bernama Mohd Amin.