Ada isu sampai Fauziah Nawi tak nak berlakon dengan Tya Ariffin

4,252 views

Ini ada satu kisah tentang pelakon veteran Fauziah Nawi dengan menantu Datuk Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin. Baru-baru ini, Tya Ariffin ada satu projek untuk buat satu drama pendek.

Drama berkenaan ada dipromosikan di laman Ig miliknya. Rupanya ada satu isu yang terjadi ketika rakaman dijalankan.

Khabarnya ada salah faham sehingga menyebabkan Fauziah Nawi tak mahu berlakon dengan Tya Ariffin.

Inilah dia video yang tersebar.

Ini penjelasan dari Tya Ariffin tentang perkara ini.

“Salam kepada semua, akhir-akhir ini Tya ada terima dapat beberapa mesej dank omen bertanya tentang satu isu yang berlaku.

“Tya nak mohon maaf atas hal yang terjadi. Tya nak jelaskan agar tak ada salah faham terus berlaku setelah ada video yang viral dan telah tersebar.”

“Sebenarnya apa yang terjadi it adlaah satu salah faham antara pihak Tya Ariffin dan juga ibu Fauziah Nawi. Berlakunya Tya kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak.”

“Pekerja Tya ada contact pihak Ibu Fauziah Nawi untuk tawaran berlakon, dan pihak Ibu dah pun terima tawaran tersebut. Malah pihak ibu juga setuju dengan harga yang Team Tya tawarkan ketika itu.”

“Namun setelah sampai di lokasi penggambaran, Tya diberitahu pekerja bahawa ibu ingatkan ini hanyalah projek oleh pelajar Universiti.”

“Setelah mengetahui bahawa ini adalah campaign penggambaran untuk jenama Mutyara, ibu mula persoalkan tentang isu bayaran.”

“Setealh bincang, pihak Tya dan team setuju dengan bayaran baru oleh ibu Fauziah Nawi. Ini supaya kami dapat teruskan penggambaran pada hari berkenaan. Kalau ditangguh ianya lebih merugikan sebab banyak hal lain terganggu.”

“Apapun Tya amat berbesar hati sebab dapat berlakon dengan pelakon yang senior yang sangat baik dan amat memberi kerjasama. Penggambaran dapat selesai petang itu juga.”

Itulah penjelasan dari pihak Tya Ariffin tentang hal yang terjadi.