Ada ke muka comel macam ni skammer, Aliff Syukri. Datin nafi aset kena sita

1,918 views

Ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri telah menulis update tentang kes yang sedang tular di mana ada laporan mengatakan asetnya pernah kena beku atau sita dengan pihak SPRM untuk siasatan kes skammer.

Menerusi satu entry, Aliff Syukri menulis bertanya para follower dan netizen, adakah muka dia nampak macam seorang skammer.

Malah katanya, dia dan isteri, Datin Seri Noor Shahida dah jelaskan cukai setiap tahun sehingga mencecah wang jutaan ringgit, macam mana dia boleh dilabel seorang skammer.

Ini tulis Aliff Syukri: “Adakah patut muka skammer comel macam kami berdua ini. Kami berdua ni berniaga dah lama, belasan tahun dah bayar LHDN lebih kurang berjutaan ringgit, namun masih mereka cakap skammer. Korang ni percaya ke?

Caption dari Aliff Syukri ini telah menerima banyak respon balas dari para netizen. Mereka kebanyakkannya tak percaya pun Aliff Syukri terlibat dengan aktiviti seperti itu.

Jom baca antara komen netizen: “Skammer yg sebenar ialah pihak yang cuba ambil kesempatan atas nama org lain utk naik kan business sendu dia tu Dato”.

Ini pula seorang lagi komen: “Orang business bagai nak rak, tengok dato promote sana sini, sampai anak pun join promote produk, ada pula nak cakap orang sebagai skammer, memang tak logik betul”.

Ada juga berkata Aliff Syukri ni memang orang berniaga, ikut jejak langkah ibunya, bonda Rozita. “Saya langsung tidak percaya kerana mak Dato pun memang businesswoman yg berjaya. Saya follow Dato sebelum Dato famous lagi”.

Dalam pada itu, Datin Shahida ada beri penjelasan bahawa asset tak disita dan kereta semua masih lagi digunakan. Ini kenyataan dari Datin.

Aset-aset kami tak disita. Saya masih boleh lagi menggunakan kereta macam biasa dan ia tak kena rampas“.

Mungkin SRPM rasa kami ada kaitan kes berkenaan dan siasat. Oleh itu, mereka ke rumah kami dan buat siasatan. Mereka ada ambil benda yang mereka perlukan dan alhamdulillah, selepas disiasat kami tak ada pun kena-mengena tak ada kaitan“.

Share this on...