Ada offer lakonan minta Mia Sara buka tudung

11,112 views

Mia Sara Nasuha merupakan pelakon yang amat terkenal ketika di zaman kanak-kanaknya. Kecomelannya amat dipuji ramai.

Ketika kecil, banyak tawaran diberikan kepada Mia Sara untuk berganding dengan banyak nama besar dalam drama dan juga filem.

Antara lakonannya adalah seperti drama Adamaya, filem Nur Kasih, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan.

Pada umur 11 tahun, Mia Sara dilihat memperlahankan bidang seni dan telah berhijrah memakai tudung. Kemudian Mia Sara mula menceburi bidang perniagaan bersama keluarganya.

Kini umur Mia Sara semakin meningkat dewasa. Mia Sara kini merupakan seorang remaja dan umurnya dah masuk 16 tahun.

Dalam satu laporan dari portal Media Hiburan, Mia Sara akui memang ada tawaran berlakon yang datang, akan tetapi ada juga tawaran yang meminta dia untuk tidak memakai tudung.

Mia Sara tekad dengan pendiriannya untuk terus berhijab dan telah menolak tawaran yang memintanya memegang watak free hair.

“Saya tak nafikan bila start pakai tudung, offer berlakon telah berkurangan berbanding dulu. Baru-baru ini ada tawaran yang datang tetapi mereka meminta saya untuk buka tudung agar sesuai dengan karektor watak yang ditawarkan.”

“Tawaran untuk berlakon tetapi meminta saya free hair ini banyak, terutama ketika di peringkat awal saya berhijrah pakai tudung. Sebab itu saya banyak tolak offer berlakon.”

“Oleh itu, apabila saya jarang muncul di kaca televisyen, ada yang ingat saya tak lagi berlakon.”

“Sebenarnya saya harap mereka hormati keputusan dan pendirian saya yang kini telahpun berhijab. Saya mengenakan tudung ni pun bukanlah atas paksaan mana-mana pihak.”

Mia Sara berkata kini dia akan kembali aktif dalam bidang seni dan terlibat dengan beberapa projek. Antaranya ialah Mia Sara akan berganding dengan DeXandra Youth.

“Saya suka explore benda baru, dan projek dengan De’Xandra secara tak langsung untuk menyatakan bahawa saya masih ada dalam industry seni tanah air.”

“Pihak DeXandra ada rancang banyak projek seperti nak buat muzik video dan macam-macam lagi. Taklah orang kata saya ni hanya berlakon saja. Ada juga projek lain yang saya akan buat nanti.”

Beberapa tahun ini, Mia Sara juga aktif menerusi saluran Youtube dan juga Instagram miliknya.