Ada sesuatu yang Lia Natalia tak boleh terima, kini dah putus hubungan

3,147 views

Pelakon berasal dari Sabah iaitu Lia Natalia mengumumkan satu berita duka semala, iaitu dia tak jadi untuk berkahwin apda bulan lalu. Perkahwinan dia dan pasangan telah dibatalkan, dan hubungan mereka dah pun putus.

Lia Natalia menambah, memang persiapan perkahwinan dah banyak dilakukan namun ternyata, jodoh memang tiada antara dia dan pasangannya.

“Kami berdua plan untuk nikah pada bulan Disember lepas. Kami juga dah buat penggambaran pre wedding photo pada bulan September.”

“Kalau ikutkan, persiapan majlis kahwin ni dah banyak dibuat, ianya hampir 70 peratus dah siap. Persiapan ini termasuk tempahan lokasi, dewan, hantaran, flight ticket dan banyak lagi.”

“Namun walaupun banyak dah rancang, akhirnya saya tidak jadi kahwin. Saya dah pasrah, nampaknya memang tiada jodoh lah antara kami.”

Bila ditanya tentang punca majlis dibatalkan dan hubungan dah terlerai, Lia Natalia berkata ada sesuatu yang dia tak boleg terima, sehingga terpaksa membatalkankan semuanya.

“Ada isu dan masalah yang saya tak boleh nak terima. Itu saja yang boleh saya ceritakan. Saya tak nak lah hanya salahkan satu pihak saja. Apa yang terjadi, biarlah antara kami saja yang tahu.”

Family Lia Natalia terus kuat menyokongnya walaupun melihat sendiri anak bongsu dalam family itu sedang menerima dugaan yang agak berat.

“Memang saya amat sedih, tetapi kita hanya mampun rancang, tuhanlah yang tentukan segalanya. Family saya pun reda dan paham dengan keadaan yang berlaku antara kami berdua.”

“Pada mulanya, family semua teruja sebab saya anak bongsu dan akan tamatkan zaman bujang. Namun, semua yang terjadi saya kena terima, akan ada hikmahnya. Ibu minta saya sabar sebab dia tahu saya ni memang serius untuk berkahwin.”

Jelas Lia Natalia, setelah apa yang terjadi, dia kini hanya mahu focus dengan hal kerja dan bidang lakonannya. Apa yang berlaku akan dia ambil sebagai pengajaran hidup.