Ada suami orang hantar mesej, nak try Nabila Razali

3,516 views

Sekarang ni kalau tengok memang ramai artis yang dah menamatkan zaman bujang. Oleh itu walaupun baru berumur 27 tahun, Nabila Razali sering juga ditanya sama ada dia dah berpunya dan merancang nak berkahwin.

Ketika ini penyanyi ini akui tak mahu terlalu memikirkan soal berkenaan kerana sedang focus dengan kerjayanya yang boleh dikatakan sedang berda di kemuncak. Jom baca komen Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella.

“Bohong kalau nak cakap Bella tak cari calon jodoh. Ada juga tengok-tengok mana tahu ada calon yang sesuai. Namun begitu, buat masa ni tiadalah sampai tahap nak paksa diri juga cari calon suami sebab takut kalau ada yang akan gelar saya anak dara dan lanjut usia. Bagi Bella usia bukanlah masalah buat kaum wanita.

“Tapi Bella tetap ingat dan family juga ada nasihat jangan busy sangat dengan kerja sampai lupa soal kahwin. Apapun sekarang ini, Bella belum nampak calonnya”.

Jelas Bella juga, dia agak risau sekiranya ada kekasih hati ketika ini kerana sedang terlalu busy. Oleh itu mungkin dia tak akan dapat melayan kerana busy kerja. Pendek kata tak mampu nak beri komitmen apatah lagi sekiranya pasangan itu tak memahami.

“Kalau jatuh cinta masa kerjaya sedang rancak ni, saya takut juga kalau tak dapat nak layan pasangan sebab sibuk kerja”.

Berceita tentang pengalamannya, Bella akhirnya buka cerita memang ada suami orang yang cuba nak berkenalan dengannya.

“Hal macam ni tulah paling Bella takut iaitu terlibat bercinta dengan suami orang. Memang Bella risau sebab banyak cerita macam ini terjadi. Sebab inilah Bella sentiasa berhati-hati dalam mencari pasangan hidup”.

“Ada juga golongan suami orang yang duk hantar mesej peribadi kat laman sosial. Tapi, Bella anggap sebagai gurauan saja dan tak reply balik pun. Jujurnya Bella bukanlah jenis yang suka sangat nak melayan”.

Nabila Razali selain itu, ada juga rakan dari sekolahnya yang cuba nak berkenalan rapat namun telah kena friendzone sahaja. Selain itu, Bella juga hanya berkawan dengan rakan artis dan tak pernah pun ada yang serius.

Share this on...