Ada wanita gigih nak goda Edika Yusof

3,933 views

Pelakon Edika Yusof akui, memang pernah dihubungi oleh wanita lain walaupun sudah berkahwin dengan isterinya.

Namun Edika tidak pernah menyembunyikan hal berkenaan dari pada pengetahuan isterinya, Nor Hidayah.

Jika ada menerima mesej, Edika Yusof akan menunjukkan mesej itu kepada isterinya. Sebagai seorang suami, dia memang tak ada sebarang rahsia dengan isteri.

“Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah sekalipun nak sorokkan sebarang perkara dari isteri saya. Memang ada cabaran setelah bergelar seorang pelakon. Sentiasa ada saja wanita yang cuba nak dekati saya.”

“Bila isteri saya sakit, memang saya selalu dapat call daripada wanita lain. Sehinggalah sekarang ni masih ada yang menghantar direct message kat Instagram. Namun saya tak layan.”

“Ada yang berani menghubungi saya, namun saya terus serahkan phone kepada isteri untuk menjawabnya.”

“Memang tak ada yang nak disorokkan pada isteri. Bukannya saya ni hendak berlagak hebat, namun semua ini merupakan kekuasaan tuhan. Selagi boleh elak, saya elak. Sebab sekiranya kita sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga.”

Tentang rumahtangganya, Edika Yusof telah buat semua urusan keluarga bersama-sama termasuklah business dan menjaga isterinya yang telah lumpuh.

“Buat kerja rumah, masak, beli barang shopping, lepas tu bekerja, semuanya dibuat bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama.”

Sebelum ini Edika Yusof telah sanggup membotakkan kepala selama bertahun-tahun setelah isterinya jatuh sakit dan ini adalah salah satu kerana enggan diganggu wanita lain.

Sepanjang lebih kurang 18 tahun usia perkahwinan, mereka mempunyai dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sudah mencapai usia remaja.

Isteri Edika Yusof jatuh sakit selepas terkena emam panas akibat jangkitan kuman di bahagian otak ketika melahirkan anaknya. Selepas itu Edika Yusof terus menyepikan diri dari dunia seni untuk memberi fokus menjaga isteri dan uruskan perniagaan.