Akhirnya ada respon dari Pu Riz

4,958 views

Ketika sesuatu hubungan itu sedang berada di fasa bertunang, untuk ke arah menghalalkan hubungan, ramai yang kata, memang akan ada dugaan yang datang.

Kedua-dua pihak juga akan sering mengambil kira pelbagai aspek untuk meneruskan hubugan ke arah jalan pernikahan, apatah lagi keputusan ini penting sebab kedua pihak akan hidup bersama sebagai suami isteri.

Itu juga dikatakan sedang berlaku kepada pasangan popular Noor Neelofa dan Haris Ismail yang lebih dikenali dengan nama PU Riz.

Menjadi topic bualan hangat, Neelofa ada membuat satu video yang mana dia beri sedikit penjelasan tentang isu yang sedang diperkatakan.

Kemudiannya kahirnya, Pu Riz turut muatnaik sekeping foto di Ig story. Melalui perkongsian berkenaan, Pu Riz percaya bahawa setiap masalah yang hadir, nanti akan diselesaikan juga dengan kehendak Allah.

Ini tulisan di foto berkenaan: “Dan ketahuilah bahawa Allah akan selesaikan kesemuanya di akhirnya nanti, dalam satu cara yang tak dapat kamu fikir dan bayangkan.”

Neelofa sebelum ini menepis dakwaan bahasa di telah bernikah dengan Pu Riz di Kelantan dan tidak ada memberi wang dalam jumlah yang banyak kepada Pu Riz setiap bulan. Semua itu tuduhan yang tak berasas.

Kata Lofa lagi, kedua-kedua family mereka kini akan cuba untuk duduk berbincang dan mencari penyelesaikan di atas kemelut yang melanda antara dirinya dan juga Haris.

Semoga segala kesulitan yang dialami oleh Neelofa dan PU Riz ini akan dapat settle dengan baik secepat yang mungkin.

Kisah mereka berdua dihidu setelah family Neelofa mengambil tidnakan drastic dengan unfollow Pu Riz, malah muatnaik beberapa luahan hati di Ig story. Ini termasuklah ibu Neelofa sendiri iaitu Datin Noor Kartini. Malah foto Pu Riz datang merisik turut telah kena delete.