Categories: Hiburan

Akhirnya Neelofa bersuara, bersyukur berjuta dah tahu

Selepas sahaja berkahwin, nama Neelofa terus jadi buah mulut orang ramai. Ini berkaitan beberapa isu melibatkan SOP yang dikatakan dilanggar oleh Neelofa dan suaminya.

Yang pertama berkaitan SOP ketika majlis nikah mereka yang dilangsungkan dengan penuh meriah dan dihadiri lebih kurang seratus lebih hadirin. Dapat dilihat, hadiri duduk berdekatan dan mengambil gambar dengan rapat di majlis berkenaan.

Kemudian, isu yang kedua pula ialah berkaitan tentang kehadiran Neelofa dan PU Riz ke Langkawi yang mana ramai mengatakan mereka berbulan madu sekliagus melanggar perintah larangan merentas negeri.

Kedua isu ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa dan yang terbaru, polis mengatakan Neelofa dan suami sah telah ke Langkawi dan negeri utara tanah air atas urusan kerja.

Neelofa ke sana untuk menjenguk lokasi baru cawangan minuman jenama Chat Time Malaysia di pulau berkenaan.

Setelah ramai yang berbicara tentang keberadaannya dan suami di Langkawi akhirnya Neelofa bersuara juga.

Neelofa telah muatnaik satu kenyataan mengatakan dia bersyukur kerana walaupun belum lancarkan cawangannya, ramai yang dah tahu dia mahu buka cawangan di Langkawi.

Ini yang ditulis oleh Neelofa: “Bertenang semua orang yang berada di luar sana. Tidak launch lagi nampaknya dah ada free marketing. Telah bergegar satu negara. Syukur rezeki yang Allah telah atur, now berjuta orang tahu outlet Chatime saya akan dibuka di Pulau Langkawi, Kedah.”

Sebelum ini Neelofa juga ada muatnaik sekeping gambar menunjukkan dia dan Chtaime akan berkolaborasi.

Kehadapan Neelofa dan suami, selamat datang ke Langkawi. Tak sabar untuk menantikan kolaborasi kita.” Itulah yang ditulis oleh wakil dari Chatime.

Ini fotonya yang diupload oleh Neelofa di laman IG story miliknya baru-baru ini.

Semoga segala urusan Neelofa dipermudahkan. Tahniah buat Neelofa dan Haris Ismail di atas perkahwinan, sudah tentu rezeki akan bertambah-tambah kelak, amin.

Recent Posts

Kembali bekerja, Zahirah Macwilson dipuji bawa baby ke tempat kerja

Pasangan suami isteri Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson kini sedang bahagia dengan kehadiran anak sulung mereka diberi nama Isaac…

11 hours ago

TERKINI: Janna Nick disahkan hidap Bipolar Disorder

Janna Nick telah buat satu pendedahan dan juga pengumuman yang agak mengejutkan ramai pada hari ini, 22 April 2021. Pelakon,…

1 day ago

Ibu Shuib pula kena alahan ketika Siti Sarah hamil

Shuib dan isteri, Siti Sarah bakal menerima cahaya mata baru apabila Sarah kini sah sedang berbadan dua. Memang sudah jadi…

1 day ago

Netizen pertikai baju terdedah Nadira Isaac ketika minta maaf pada Pu Amin

Nama Nadira Isaac kini menjadi sebutan ramai. Ini gara-gara kisahnya upload gambar pendakwah dan penceramah bebas iaitu Pu Amin di…

1 day ago

Tiada lagi telatah gila-gila Nabil di pentas GV? Jihan buka cerita

Kalau sebut saja rancangan nyanyian Gegar Vaganza, sudah tentu kita semua dah biasa melihat telatah Nabil Ahmad dan Jihan Muse…

2 days ago

Shuk didakwa sengaja tiru perniagaan air Shuib

Sejak kisah bermain kayu tiga viral, Shuk Sahar menerima dugaan apabila digugurkan sebagai penyampai radio. Kontraknya telah ditamatkan sebagai deejay…

2 days ago

This website uses cookies.