Akhirnya Siti Nurhaliza tayang wajah anak keduanya, dipeluk Aafiyah

2,262 views

Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya telah tayang wajah anak keduanya untuk tatapan para followernya. Ini kali pertama Siti Nurhaliza tunjuk wajah anaknya kepada umum.

Sebelum ini, hanya Asyrah Khalid dan Tya Ariffin yang ada upload wajah baby kedua Siti Nurhaliza di laman media sosial. Namun pasangan berkenaan telah meminta maaf kepada Siti Nurhaliza kerana berbuat sedemikian.

Siti Nurhaliza talh muatnaik satu video di laman Ig miliknya sekitar jam 10 pagi tadi. Video berdurasi 31 saat itu menunjukkan Aafiyah baru bangun tidur dan mendapati ada adiknya di atas katil disebelah Datuk Seri Khalid.

Ini tulis Sit Nurhaliza: “Ayah ada buat kejutan untuk kakak Aafiyah. Buka mata, tiba tiba dah ada adik kat sebelah Aafiyah, terus dia bangun sambil senyum meleret.

Aafiyah terus buat aksi gembira dan mencium Siti Nurhaliza sebelum menjenguk adiknya dengan lebih jelas. Kemudian Aafiyah dilihat memeluk adiknya itu.

Jom tengok videonya.

Video ini menerima tontontan lebih dari 300 ribu views dalam masa kurang dari satu jam dimuat naik di laman Instagram milik Datuk Siti Nurhaliza yang mempunyai lapan juta follower.

Di ruangan komen, lebih kurang satu ribu komen telah diterima oleh Siti Nurhaliza. Rata-rata komen mengucapkan tahniah kepada pennyanyi ini dan mendoakan agar kedua cahaya mata Siti itu akan membesar dengan baik.

Ada juga memuji kecomelan kedua-dua anak Siti Nurhaliza ini dan tak sabar nak tengok perkembangan mereka.

Ini antara komen yang ditulis: “Tahniah, ya Allah, jadikanlah anak-anak ini dikalangan antara orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah ia dalam Islam dengan pertumbuhan yang sebaik-baiknya.”

Aafiyah ni fotokopi wajah Tok Ti, comel sangat dua-dua anaknya. Tahniah diucapkan.”

Siti Nurhaliza melahirkan anak kedua pada 19 April 2021 bersamaan dengan 7 Ramadhan di sebuah hospital swasta.