Aku rasa ada jin kat tekak dia – Erma Fatima

17,931 views

Ini tentang persembahan nyanyian di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) pada Jumaat yang lepas. Walaupun dah lama berakhir, akan tetapi ASK masih lagi hangat diperkatakan orang raai dan juga para penonton.

Dalam setiap penyampaian anugerah, antara yang ditunggu-tunggu adalah persembahan dari para tetamu undangan di atas pentas, dan pada edisi ASK kali ini, penyanyi bersuara lunak iaitu Dato Jamal Abdillah telah naik ke atas pentas untuk buat persembahan bersama penyanyi baru Sissy Iman.

Ternyata satu persembahan hebat yang memukau dari Datuk Jamal Abdillah buat ramai yang terkedu. Penyanyi ini telah menyanyikan beberapa lagu diiringi mainan muzik piano dari Sissy Iman dan ianya cukup merdu.

Antara yang memuji persembahan ini adalah Erma Fatima. Menerusi satu perkongsian di laman IG miliknya, pengarah dan pelakon ini telah berada diawangan dek penangan lagu nyanyian Dato Jamal Abdillah itu. Ketika itu Jamal sedang menyanyikan lagu berjudul Di Sudut Kamar Hatiku.

“Satu tiada duanya Jamal Abdillah. Subhanallah, anugerah Allah. Dulu masa muda aku pernah bagi bunga kt RTM nak beri pada dia sebab memang amat minat. Tapi akhirnya bunga aku sampai hilang, tak sempat nk bagi pun”

Video berkenaan menunjukkan Erma Fatima telah memuji kelunakkan suara Dato Jamal Abdillah walaupun umur penyanyi berkenaan dah pun mencecah 60 tahun. Tambah Ema lagi, suara nya sedap bagaikan ada jin di tekaknya.

“Tak tahulah, rasa mcm ada jin di tekak dia, buka mulut je sedap. Tak ada siapa boleh lawan. Bangga gila tengok, bangga ada anak seni yang macam ini”

Pada malam ASK yang berlangsung hari Jumaat lepas, Dato Jamal Abdillah dan Sissy Iman membuat persembahan secara medley.