Akui ada masalah, jika ibu paksa, baru Zizan kahwin

3,825 views

Zizan Razak, artis serba boleh, terkenal sebagai pelawak, Zizan kini dah kukuhkan namanya sebagai pelakon, pengacara dan juga penyanyi. Banyak karyanya yang selalunya jadi hit.

Kalau dah popular, sudah tentu ramai yang nak tahu tentang ksiah peribadinya, dan ianya termasuklah kisah percintaan Zizan Razak. Sebelum ni, banyak artis wanita yang dikaitkan dengan Zizan seperti Leez AF, Juliana Evans, Emma Maembong dan juga Mira Filzah. Kini kesemua selebriti wanita itu dah pun move on, dan Zizan selalu jadi tumpuan bila nak akhiri zaman bujangnya.

Zizan Razak akui bahawa punca dia selalu mengalami masalah ini adalah kerana berpunca dari dirinya sendiri.

Namun, jelasnya lagi dia berkata bahawa kali ini dirinya lebih matang dalam menghadapi isu cinta serta redha dengan ketentuan tuhan dengan hubungan cinta yang tidak kesampaian sebelum ini.

Luahan hati Zizan lagi: “Saya memang ada terfikir bahwa diri saya sendiri yg ada masalah bila bercinta akan tetapi kini, saya dah jadi lebih matang apabila bercerita tentang soal percintaan. Bila fikir balik, Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita semua termasuk diri saya.

“Oleh itu saya perlu berfikir secara positif saje. Kita hidup ini bukan hanya untuk diri kita saja tetapi adalah untuknya. Apa yg terjadi, bukan kemahuan kita tapi semua adalah perancangan dari Allah”

“Buat masa ini, mmg saya ada juga terfikir tentang nak nikah. Saya memang ada cuba ke arah itu namun apabila rezeki lain datang, saya kini fokus kat kerja saya dulu.

“Lagi pula saya ingin tengok kesungguhan mak saya, nak saya kahwin itu macam mana. Kalau dia dah paksa, barulah saya akan cari pasangan hidup. Buat masa sekarang ini, mak saya masih tenang saja dan keputusan nak kahwin itu bergantung pada diri saya”

Oleh itu, kesimpulannya, buat masa ini, selebriti popular ini masih lagi memberi fokus kepada kerjayanya. Zizan kini terkenal menerusi filem hit iaitu Polis Evo dan Abang Long Fadil.