Alahan Ayda Jebat, tak boleh bau sanitiser, muntah atas katil

1,725 views

Pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Ayda Jebat telah mengumumkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua, anak pertama hasil perkahwinannya dengan Nabil Mahir.

Kini umur kandungannya sudah masuk ke trimester kedua, lebih kurang 4 bulan. Jika dilihat berdasarkan tarikh jangkaan bersalin, Ayda dijangka bakal menimang cahaya mata pada bulan Oktober tahun ini.

Dengan izin Yang Maha Kuasa, saya dijangkaakan akan bersalin pada bulan Oktober 2021. Buat masa sekarang, jantina anak kami akan rahsiakan terlebih dulu. Kami berdua rancang nak buat satu majlis pengumuman istimewa di masa akan datang.”

Ditanya tentang perubahan ketara sejak mengandung, Ayda Jebat akui dirinya turut ada alami alahan di fasa awal mengandung.

Ayda kena alahan yang teruk juga sehinggakan muntah di atas katil.

Soal alahan, memang saya kena juga, tak terlepas darinya. Pernah satu malam tu, saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan terus muntah di atas katil. Saya juga ada alahan bau-bauan, tetapi bukan bau makanan cumanya sensitive dengan bau kat dapur dan cecair sanitizer.”

Selebriti berumur 29 tahun ini juga sempat bercerita apabila dia berdepan detik cemas sehingga dikejarkan ke hospital ketika di awal kandungan.

Kerana tekanan kerja yang begitu banyak selain mengetahui ada pihak cuba dedah berita kehamilannya, Ayda Jebat hampir keguguran setelah alami pendarahan.

Saya mempunyai kerja dengan banyak jenama. Oleh itu saya kena ada masa untuk arrange semula semua jadual kerja setelah disahkan mengandung.”

Oleh kerana komitmen kerja, saya rasa terlalu penat sampai pernah hampir alami keguguran akibat pendarahan yang berlaku.”

Diimbas kembali pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkahwin pada tarikh 1 Januari 2021.

Share this on...