Ali dedah Hidayah ada kata sesuatu buat dia terguris

13,628 views

Kemelut keluarga antara Ali Puteh dan juga kakak iparnya iaitu balu kepada isteri Abam iaitu Hidayah semakin lama semakin menjadi-jadi apabila adanya campur tangan pihak luar.

Ini semuanya dikatakan berpunca daripada video viral yang dimuat naik oleh Datuk Seri Alif Syukri yang telah datang kerumah keluarga Hidayah untuk memberikan sumbangan kepadanya, namun timbul pula beberapa isu berkaitan harta pusaka, kereta dan sebagainya.

Rata-rata ramai netizen yang telah mengkritik tindakan Ali Puteh apabila dia telah mengeluarkan kata-kata yang agak keterlaluan terhadap kakak iparnya itu.

Bagi menjelaskan kenapa dia telah mengatakan hal sedemikian adalah kerana dia terasa hati terhadap Hidayah kerana kakak iparnya itu telah mengatakan bahawa  ‘jgn mkn harta anak yatim’ terhadap ibunya iaitu Sabariah Arshad.

Menerusi laporan mStar, kata-kata tersebut telah dikatakan semasa ada berberapa individu yang telah datang ke rumah bertujuan untuk menuntut hutang mereka semasa hari ke empat pemergian Abam Bocey.

Menurut Ali lagi dia amat terkilan apabila mendengar kata Hidayah yang menyatakan bahawa ia adalah hartanya serta anaknya jika makan walau satu ringgit ia adalah dikira makan harta anak yatim.

Jelas Ali lagi dia telah balik kerumah dan bertanyakan kepada Hidayah kenapa dia telah mengeluarkan kata-kata tersebut terhadap ibunya.

Ini komen Ali tentang apa yang berlaku: “Ada orang datang tuntut hutang di rumah, kemudian Hidayah berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan juga anak, sesiapa yg makan walau RM1, dah kira makan duit anak yatim’.

“Ayat yang diperkatakan terhadap ibu telah sentuh hati saya. Balik saja ke rumah, saya terus pergi tanya kat Hidayah kenapa berkata macam gitu kat mak.

“Kita kan merupakan orang Islam, kita tahu mana yg halal dan juga haram. Kenapa Hidayah cakap nak makan harta anak yatim”

Kemudian, apabila ada melihat video Aliff Syukri, Ali tak dapat menahan dirinya lagi, lantas telah melabel kakak iparnya dengan kata yang agak panas. Ini adalah punca kenapa Ali Puteh telah bertindak mengeluarkan kata-kata tersebut.

Terkini apabila dia yang telah melakukan sidang media bagi menjelaskan isu yang terjadi. Ali juga semasa dalam sidang media tersebut telah rendah diri serta mengakui bahawa dia telah tersilap apabila telah megeluarkan kata sebegitu terhadap balu Abam.

Ali Putih juga telah memohon maaf secara terbuka kepada Hidayah dan mengakui kesilapannya kerana melabelnya seperti itu.

Share this on...