Alif Satar Dedah Nama Dan Wajah Anak Ketiganya

4,451 views

Berita mengembirakan bagi pasangan penyanyi Alif Satar serta isterinya ini apabila mereka berdua kini telah dikurniakan cahaya mata ketiga yang juga merupakan lelaki.

Shadila Halid yang juga merupakan isteri kepada penyanyi serta pelakon ini telah memberitahu akan nama anak ketiganya iaitu Muhammad Ali.

Isteri kepada Alif Satar ini juga berkata bahawa nama yang diberikan memberi makna yang bagus dan dia berharap agar aanaknya akan mempunyai sikap baik dan terpuji.

Ini kenyataan dari Shadila Halid: “Finally OUTNUMBERED! The 2 Kakaks meeting their brother for the first time, introducing Muhammad Ali bin Muhammad Alif. Muhammad means “yang terpuji/yang dirahmati” and Ali means “yang tinggi kedudukannya”, the name derives from our beloved Prophet Nabi Muhammad SAW and also Ali ibn Abi Talib who was the cousin and son-in-law of the Prophet. Muhammad Ali is also the name of Alif’s favourite sportsman and boxer who once said “My wealth is in my knowledge of self, love and spirituality.” I hope all the meanings of your name are absorbed into your mind and soul for always, Ali. Mommy loves you”

Bagi pengetahuan semua, isteri Alif Satar telah melahirkan cahaya mata ke tiganya yang juga merupakan bayi lelaki pertama mereka yang mempunyai berat 3.54 kilogram di sebuah Hospital Pantai di Bangsar lebih kurang pukul 11.21 malam Khamis lalu.

Dengan kelahiran bayi lelaki tersebut yang dilahirkan pada hari jadinya yang ke -29 menjadikan ia hadiah hari jadi yang paling teristimewa buatnya.

Sementara itu, Alif Satar juga pula telah berterima kasih kepada para peminat yang telah berdoa ke atas kelahiran bayi lelakinya itu.

Dia juga menyatakan bahawa terujanya dan tidak sabar baginya untuk membawa anak lelakinya itu pulang ke rumah pada kali pertama.

Ini kenyataan dari Alif Satar: “Assalamualaikum kepada Muhammad Ali. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda amatlah bermakna buat kami. I read all of your comments and I pray that Allah swt grant all of your doas for all of us. He had just a little trouble breathing but is now getting so much better, thanks to all the medical staff at Pantai Hospital Kuala Lumpur. Can’t wait to take Ali home in a few days!

Sebagai rekod, pasangan ini telah bernikah pada September 2014 serta memounyai dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Alisha Anugerah yang berusia 4 tahun serta Ariana Mecca yang berusia 2 tahun.