Aliff Syukri terkejut tak layak bantuan, kena sekolah dengan netizen

3,722 views

Semalam jutawan Datuk Seri Aliff Syukri muat naik satu gambar menunjukkan dirinya gagal dalam senarai penerima bantuan prihatin. Al maklumlah, Perdana Menteri dah nyatakan bahawa mereka yang dapat bantuan, adalah mereka yang tergolong dalam pendapatan M40 sahaja dan sudah tentu Aliff Syukri bukanlah antara golongan ini.

Namun, Aliff Syukri berkata keadaan sekarang ini telah memberi impak kepada perniagaannya dan berharap pihak kerajaan turut mengurangkan cukai kepada usahawan sepertinya. Baca komen dari Aliff Syukri.

“Pada hari ini, saya terkejut sebab permohonan saya tak lulus. Saja mahu semak dan saya pun paham ketika keadaan yg amat getir ni, bukan saja orang biasa yg tertekan namun ia juga melibatkan saya sebagai usahawan industri (IKS), turut merasainya. Dan boleh dikatakan, apa yag dirasakan kalah ketika zaman kegawatan ekonomi pada tahun 1997 kan.

“Di saat wabak ini berlaku, sebenarnya jualan saya jatuh merudum untuk dapatkan sale, ianya jatuh lebih kurang 90 peratus, hampir kesemua bisnes kena tutup. Saya rasa amat sedih dalam keadaan ini dan amat mengharapkan supaya semua rakyat dapat bantu kerajaan untuk cepatkan proses penyakit corola ini.

“Saya ucapkan terima kasih buat semua penyokong saya yg beli produk saya walaupun tak banyak tetapi adalah sedikit. Saya harap kerajaan boleh kurangkan cukai utk org seperti saya IKS yang lain untuk kurangkan beban kami.

Di laman media sosial, ternyata netizen tidak dapat menerima luahan dari Aliff Syukri berkenaan. Rata-rata mengatakan Aliff Syukri merupakan jutawan yang tak perlulah menerima bantuan.Ini antara komen dari netizen.

“Tak payah lah nak terkejut sangat. Bila golongan T20 nak tunjuk over.

“Kesian dato. Dah makan belum tu? Bagilah alamat nanti saya hantar kepci. Attention seekers la ni.

“Harta nampah dah berjuta memang tidak dapat bantuan dato. Cuba dato duduk rumah setinggan pakai kereta kancil mesti dapat

“Beli bag mahal buat apa. Duit berkepok pun nak mohon bantuan kah?

“Muflis dulu, baru apply ok dato. Dah terlebih mampu tu dato oi. Bagilah yang lebih memerlukan di luar sana tu. Apa niat dalam hati dato sebenarnya mahu tunjuk tak layak tu? Apa punya perangai la. Tidak tahu nak bersyukur.

Itulah respon dari netizen tentang luahan terbaru dari Datuk Seri Aliff Syukri.