Amar Baharin ‘unfollow’ Amyra Rosli

13,747 views

Laman media sosial sekarang ini selalunya menjadi port lepak orang ramai ketika melayari internet. Dengan adanya telefon bimbit atau handphone, semua orang kini lebih mudah nak tengok laman media sosial.

Dah jadi kebiasaan, pasangan suami isteri akan saling follow di laman media sosial ni dan akan selalu saling tag dan juga komen antara satu sama lain ketika di media sosial.

Sekiranya ada sesuatu yang berlaku seperti selisih faham, mulalah ada yang saling unfollow antara satu sama lain.

Dalam perkembangan terkini berkenaan isu unfollow ini, pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli menjadi tular semalam.

Ini apabila Amar Baharin rupanya tak follow isterinya itu di laman Instagram. Pelakon ini akhirnya buat satu kenyataan tentang hal ini.

Kata Amar, dia secara jujur, tak perasan dia dah unfollow insterinya itu, dan tertanya-tanya sejak bila dia unfollow Amyra Rosli. Ini komennya.

Saya amat musykil sekarang sebabnya macam mana saya boleh tidak follow atau unfollow wife aku sendiri ni. Sedangkan selama ini saya memang sentiasa follow saja dia pergi kemana-mana pun”.

Jika kalian hebat, cuba list perkara yang boleh jadi punca yang menjadi sebab kita ter unfollow secara tiba-tiba. Mungkin ini akan dapat bantu saya selesaikan hal ni”.

Tidak berdiam diri, pendedahan dari Amar Baharin itu menerima respon dari isterinya Amyra Rosli sendiri. Amyra bertanya kepadanya, dia follow siapa sebelum ini.

Amyra rosli mana yang daddy follow selama ini, baik mengaku cepat” Itulah yang ditulis oleh Amyra secara bergurau.

Ramai yang menulis komen terhibur dengan kejadian ini. Ada yang memberi teori masing-masing, sampaikan ada mengatakan mungkin anak mereka main handphone dan tertekan butang unfollow.

Rakan pelakon, Nad Zainal turut memberitahu sebelum ini hal yang sama pernah terjadi antaranya dengan suami.

Pasangan popular ini berkahwin pada tahun 2016 dan baru sahaja menyambut anniversary yang ke empat baru-baru ini.

Sepanjang perkahwinan, Amar Baharin dan Amyra Rosli dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki seorang perempuan.