Amboi bukan main seronok Intan Najuwa naik kereta Lamborghini tunang

5,591 views

Ini cerita terbaru tentang pelakon yang baru saja buat majlis pertunangan dengan jejaka pilihan pada 18 Ogos lalu. Siapa lagi kalau bukan pelakon comel Intan Najuwa. Pasangan ini telah buat satu video yang mana Intan ada muatnaik video bersama tunangnnya, Razrul Anwar Rusli di laman IG.

Dengan bunyi latar belakang lagu cinta yang syahdu, Intan Najuwa dilihat bahagia bersama tunangnya itu. Apa yang mencuri perhatian jika menonton video itu adalah jenis kereta yang di pandu oleh Razrul yang juga seorang ahli perniagaan asal Kedah.

Ada beberapa makcik bawang yang menulis komen tentang hal ini dek kerana kereta yang dinaiki Intan Najuwa itu merupakan sebuah kereta mewah milik Raz. Dari logonya jelas ianya adalah kereta Lamborghini.

Kalau nak tengok video tu, boleh lah ke IG Rotikaya.

Oleh kerana video itu, ada yang mula melabel pelakon berusia 22 tahun itu sebagai mata duitan kerana memilih Raz hanya kerana harta miliknya.

Ini komen netizen: “Pecaaah pun xpela janji lamborghini. Biar xde rupe janji poket tebal”

“Cinta sekarang ni tak mengenal tupa tapi kenal warna duit”

Melihat banyak komen kurang baik ditinggalkan di IG miliknya, Intan tak hanya berdiam diri. Pelakon ini telah memuat naik status di Insta Storiesnya.

Ini tulis Intan Najuwa secara berseloroh: “Kenapa lelaki-lelaki Melayu semua panasbonttot lepas tngok new post I? Hahahha! Dah2 pergi kerja”

Sebelum ini, Intan Najuwa (22 tahun) dan Razrul (38 tahun) telah mengikat tali pertunangan di satu majlis di Hotel Thistle, Johor Bahru. Majlis dijalan dengan amat meriah serta hanya ahli keluarga terdekat dan teman rapat yang dijemput.

Apapun, memang beruntung badan lah Intan Najuwa kerana dapat seorang jejaka yang bukan saja tampan, malah mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

Ada juga mengatakan Raz juga beruntung kerana dapat seorang bakal isteri yang jelita, cute, manja dan pelakon popular tanah air, pakej lengkap. Dua-dua pun win la kiranya kan.

Semoga ikatan pertunangan antara Intan Najuwa dan Raz akan berakhir di jinjang pelamin dan semua urusan berjalan lancer. Ramai tak sabra nak tengok pasangan ini bernikah selepas ini.

Share this on...