Amboi sedap mulut cakap wife saya, ada kata masa depan isteri musnahlah, Nubhan

2,692 views

Isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah telahpun ambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai doctor gigi, dentist dan kini bergelar suri rumah sambil membantu suaminya berniaga.

Apabila hal ini diketahui umum, pelbagai reaksi diberikan, ada yang memuji dan ada yang katakan sayangnya isteri Nuhban tu nak berhenti kerja sebagai doctor gigi, satu pekerjaan yang agak baik.

Namun ada juga mengatakan ini semua propa sahaja, dan mengatakan isteri kepada Nubhan tu tak dapat penempatan untuk bekerja.

Apabila banyak sangat respon diberikan, akhirnya Nubhan tampil mempertahankan isterinya dan mengatakan isterinya memang berhenti kerja dan bukannya tak dapat penempatan.

“Amboi sedapnya mulut cakap konon isteri saya ni tak dapat diserap, konon dah tamat kontrak, ada kata propa. Dia dapat tawaran. Sejak dia di offer permanent dan dapat penempatan ke kerajaan, saya hanya serahkan keputusan pada dia untuk pilih. Syukur family adalah pilihan utama dia”.

“Saya tak ada nak paksa isteri berkerja dan tiada paksaan dia untuk berhenti. Sebab apapun, family saya adalah tanggungjawab saya”.

“Ada juga yang cakap masa depan dia nanti akan musnah, tapi tak ada yang fikir ke, entah-entah selepas ini masa depan dia akan jadi penuh gilang gemilang. Manalah tahu kan, kita bukannya Tuhan boleh tahu masa depan. Tidak mengapalah pendapat orang ni pelbagai”.

“Dulu masa isteri saya kerja, ramai kata aku kikis duit dia. Sekarang ni dia dah tak kerja dah. Apapun Tuhan adalah sebaik perancang dan penentu rezeki masing-masing. Doakan yang baik-baik, ilmu tinggi tapi taka da adab pun tak ke mana juga”.

Di laman IG, Nubhan telah muatnaik bukti bahawa isterinya, Dr Afifah Tawfek memang menerima tawaran untuk bekerja kerjaan secara tetap pada bulan Jun tahun ini. Namun ianya telah ditolak oleh isterinya itu.

Sementara itu, isteri Nubhan juga ada luah perasaan dan mengatakan adakah salah pilihannya jika dia mahu berbakti untuk family tersayang.

Apapun, itulah adalah pilihan yang telah dibuat oleh Nubhan dan isterinya Dr Afifah Tawfek. Mereka kini busy berniaga produk mereka di laman IG.