Apa ni makcik, respon Sufian Suhaimi lepas kena sekolah

3,262 views

Komen padu dari seorang wanita (yang dah boleh pangkat makcik) kepada penyanyi Sufian Suhaimi telah jadi bualan ramai hari ini.

Wanita berstatus makcik itu telah memberi pendapatnya tentang penampilan terkini Sufian nampak seperti dah tak terurus sekaligus seakan memperlihatkan dirinya dalam kekecewaaan.

Sufian dilihat telah melayan komen makcik itu dan menulis kembali dengan menjelaskan penampilan tak terurus itu kerana dia baru saje buat aktiviti selam, sebab itu nampak kusut masai.

Ini komen mereka berdua di laman media social IG Sufian Suhaimi

Makcik: “Carilah jodoh seperti mana yg Rasululullah telah gariskan. Pegangan agama jadi penentu utk bahagia, awak kan seorang yg manis. Kenapa awak tidak menjadi seperti Sufian Suhaimi yang seperti dahulu? Awak seorang yg kemas dan bijak. Kenapa awak nak ubah imej kerana nak tunjuk awak kecewaa? Nak bagi si dia seakan rasa bersalah ke?”

Sufian Suhaimi: “Apa ini makcik. Saya mmg jarang balas komen orang akan tapi makcik nampak risau betul. Ini adalah gambar saya semasa baru saja lepas selam dalam laut. Mungkin sebab itu lah rambut saya Nampak tak tersikat kemas. Saya dah lama move on. Saya juga boleh ada kekasih hati baru bila-bila saja saya mahu. Cuma sekarang belum masa nya lagi (untuk mempunyai kekasih). Org yg sy rindu itu adalah kawan saya. Dia tgh sakiit di dalam hospital sekarang ni. Cuba swipe left. Kalau tak tahu swipe left minta tolong siapa-siapa yang ada dengan mak cik”

Kalau kalian nak tahu, sebenarnya, luahan dari Sufian Suhaimi yang kata rindu di caption itu dibuat kepada kawannya iaitu penyanyi rap Zynaakal yang kini sedang dirawat di pusat perubatan ekoran hal yang melanda diri penyanyi rap itu.

Mungkin makcik itu seperti tersilap anggapan dan berkata munkin ada kaitan dengan luahan rindu kepada kekasih hatinya. Apapun para netizen dilihat terhibur dengan kejadian itu.

Sekadar naasihat, apapun yg berlaku, janganlah gelakkan orang yang lebih berusia, kena hormat juga ye. Huhu