“Apa yang orang tak puas hati dengan Khalis” Tajul akui abang kena santau

3,805 views

Kisah abang kepada penyanyi popular Tajul aitu Khalis menjadi buah mulut tak lama dulu. Ini setelah tersebarnya foto menunjukkan keadaannya yang kurus kering dalam keadaan yang amat lemah.

Khalis telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, dah telah sebulan duduk di hospital.

Akhirnya Tajul membuka cerita bahawa memang betul Khalis sebenarnya telah terkena buatan orang iaitu kena santau.

Jelas Tajul lagi, sebenarnya dia dan family dah banyak usaha untuk merawat penyakit Khalis namun sampai sekarang masih belum baik sepenuhnya.

“Sekarang ini keadaannya dah semakin baik dari sebelum ini. Dulu dia hanya baring, dan tak boleh nak cakap, sekarang ni Khalis dah boleh borak sikit.”

“Dia masih kat hospital, hari tu dah keluar tapi masuk semula. Dah dekat sebulan. Sekarang wife dia yang jaga.”

“Sakit tu sebenarnya jika lihat pada gambar pun dah boleh tahu sakit apa, Tapi benda ni ada yang tak nak percaya, ada yang kata merepek. Hakikatnya memang ada.”

“Betul, dia memang kena santau, dari dulu, sejak Khalis mula jadi artis lagi. Dia tak boleh makan tak boleh minum, bila makan muntah, dia nak buat abang ni tak bernyawa lah senang cerita. Ada masa dia tak boleh bangun dan tak sedar diri. Bila dia bercakap, dia rasa penat macam lari satu padang.”

Tajul juga bercerita bahawa abangnya sebelum ini ada dibawa ke sebuah tempat perubatan islam.

“Sebelum pergi hospital, ada bawa ke tempat ini dikatakan perawatnya bagus, ketika terima rawatan di sana, on the spot abang terus jadi okey, ketika itu dia boleh bangun dan berjalan. Namun lepas dua hari, dia kena balik. Bawa semula ke sana pun, dah tak boleh dah. Akhirnya bawa pergi hospital.”

Tajul juga berkata dia amat sedih kenapa ada orang yang buat begitu pada abangnya.

“Dalam adik beradik saya, dia ni sebaik-sebaik orang, dia tak ada musuh yang kami tahu. Sedih kenapa ada ada orang buat macam tu. Apa yang orang tak puas hati dengan dia, saya terkedu.”

Tajul berkata Khalis kini jalani rawatan di hospital untuk penyakit kencing manis dan tetap usahakan merawat secara alternative.