Categories: Hiburan

“Awak alami separation anxiety” Fazura tak boleh berjauhan dengan baby

Apabila seseorang itu menjadi ibu buat pertama kalinya, memang akan ada rasa nak melekat dengan anak 24 jam.

Sehinggakan nak keluar kerja atau tak jumpa sehari pun dah rasa sangatlah rindu. Sebenarnya itu adalah satu perkara yang normal.

Ini juga yang berlaku kepada pelakon terkenal Nur Fazura, sejak melahirkan baby sulung, Nur Fatima Aisha.

“Selalu ada yang tanya, adakah saya rindu pergi ke set, jawapannya sudah tentu yes. Siapa yang kenal saya dah tentu tahu bahawa saya amat suka untuk bekerja dan berlakon adalah passion saya.”

“Namun kini saya dah bergelar mommy, idea untuk tinggalkan dan berjauhan dengan anak perempuan saya sesuatu yang tak dapat saya bayangkan. Macam mana nak buat, perlukan nasihat dari ibu di luar sana.”

Luahan dari Fazura ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk rakan artis. Antara yang memberi komen ialah penyanyi Liza Hanim yang mana menyatakan Fazura mengalami separation anxiety.

“Hai Fazura, saya ibu kepada lima orang anak. Nak beritahu ini dinamakan separation anxiety. Ianya sesuatu yang normal. Hari pertama masa saya bekerja selepas pantang ianya buat saya mengalirkan air mata. Itu ketika anak kelima tau.”

“Tetapi akhirnya kita akan biasa juga sebab kita ni bekerja untuk anak-anak juga. GUna masa untuk cari caretaker yang terbaik dan dipercayai. Masa dulu, saya pernah upah nanny jadi baby saya boleh ke lokasi, sebab untuk menyusukan baby sekali. Apapun, tempat paling selamat sekarang ialah di rumah. Harap ini dapat membantu.”

Melihat komen dari Liza Hanim, Fazura ada membalas kembali dan menyatakan agar dia diberi kekuatan untuk bekerja kembali.

Ini respon dari Fazura: “Liza Hanim, kalau Faz keluar pintu pun dah rindu anak, lepastu kalau tengok video dia, ada rasa macam berhari tak jumpa padahal baru je keluar 2 jam.”

“Sekarang ni  Fatima dah empat bulan umurnya and kalau nak bekerja pun mungkin lepas Raya nanti. Tapi memang rasa berdebar dan nervous. Insyaallah harap ada kekuatan. Terima kasih.”

Itulah naluri ibu anak sulung, tak apa lama-lama ianya akan menjadi normal. Semoga Fazura dan Fattah Amin akan rasai kebahagiaan bersama anak tersayang

Recent Posts

“Terjadi sesuatu membelenggu maka tiada restu” Luahan ibu Hannah Delisha

Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita pernikahan pelakon jelita dari negara jiran iaitu Hannah Delisha dengan Imam Shah. Rupanya…

57 mins ago

Nama resipi “isteri disumbat dalam tong”, ini respon dari Maria Tunku Sabri

Bekas pengacara rancangan jalan-jalan cari makan, Maria Tunku Sabri jadi perhatian warganet ekoran satu nama menu yang diberikan olehnya ketika…

6 hours ago

“Bukan Aizat” Zahirah Macwilson ajar sebut nama anaknya dengan betul

Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini telah pun secara terbuka tayang wajah anaknya baru-baru ini di usia anaknya dua…

6 hours ago

“Orang tak mampu memanglah cakap no class” Isu Dato Seri Vida pakai cincin emas besar

Ada satu video di Instagram yang diupload oleh jutawan terkenal Dato Seri Vida yang jelas menunjukkan cincin emas yang amat…

21 hours ago

Serunding Saharul Ridzwan sampai berulat, tak laku terus

Asam garam kalau berniaga, kadangkala untung banyak tetapi boleh juga jatuh dan alami kegagalan. Itulah pahit manis jika berniaga. Pelakon…

23 hours ago

Mak ayah tak ajar ke, terdedah kalah orangkapir, Azhar Sulaiman akhirnya respon

Pelakon Azhar Sulaiman diketahui mempunyai seorang anak gadis yang amat popular di laman media sosial bernama Kasih Iris Leona. Leona…

1 day ago

This website uses cookies.