“Awak masuk dan buat hal di rumah saya” – Alyah

2,165 views

Datin Alyah telah meluahkan perasaannya setelah muatnaik gambar bersama suaminya Datuk Ramli Ms baru-baru ini.

Dikatakan ada netizen yang telah memberi komen menyindirnya di gambar berkenaan.

Terkesan dengan komen berkenaan, Alyah bertindak terus block individu yang terlibat.

Penyanyi ini tertanya-tanya kenapa harus ada yang menulis komen berbaur sindiran kepada dirinya.

“Apalah yang para netizen ni nak sebenarnya. Bila tidak tunjuk gambar dengan suami, ada yang tuduh macam-macam. Tapi bila dah muat naik gambar ada pula yang cakap juga.”

“Memang tak paham dengan orang yang ada rasa busuk di hati ni. Saya upload moment bahagia kita, rasa syukur kita, rasa tak kacau orang pun. Namun masih ada yang masuk komen saya bagi ayat yang berbaur menyindir.”

“Jika komen di ruangan lain saya memang tak ambil peduli, tapi bila dah masuk Instagram saya dan tulis komen sindiran yang anda sendiri tak tau cerita betul dari awal, ini maknanya anda masuk rumah saya dan telah buat hal dalam rumah saya. Saya tak akan mendiamkan diri.”

“Saya mesti simbah air panas pada orang seperti ini. Biar tahu tentang adab masuk rumah orang.”

Komen berkenaan ditulis di gambar Alyah dengan Ramli Ms yang mana Alyah bergurau dengan caption ini: “Saya bukan lagi bibik kamu. Kita dah seri.”

Tahun lepas, Alyah pernah menulis secarfa berseloroh bahawa dia adalah bibik kepada suaminya, Ramli Ms.

“Ramai yang buat spekulasi tentang caption bibik ni. Caption ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami ketika semifinal Gegar Vaganza yang lepas. Oleh itu tak perlu nak tokok tambah cerita.”

Gambar terbaru
Gambar tahun lalu

Alyah menjadi tumpuan setelah memuatnaik gambar family ketika majlis pernikahan anak perempuan Datuk Ramli MS dengan bekas isterinya Jennifer Thompson.