“Awak sangat biadab” – Diana Danielle

6,239 views

Diana Danielle telah muatnaik satu paparan yang mana dia amat kecewa dan mungkin dia pun tak sangka terkena sendiri dengan sikap pembeli yang tak bertanggungjawab.

Kisahnya adalah apabila Diana Danielle ada menjual barang terpakai, kemudian seorang individu mahu membeli malah dah set nak cod barang berkenaan.

Diana Danielle telahpun siapkan segala penghataran menggunakan runner, namun sebaik sahaja penghantaran dibuat, pembeli berkenaan hilang dan tak dapat dihubungi.

Pelakon berumur 30 tahun ini menyatakan tindakan menyusahkan pihak runner yang tunggu lama dan terpinga-pinga nak cari pembeli berkenaan.

Ini luahan dari Diana Danielle yang ditulis di laman IG miliknya.

“Awak sangat biadab. Kesian runner terkejar-kejar dari Damansara ke Kajang. Lepas tu block number kami semua.”

“Macam ni lah, saya tak kisah pun siapa pun nak beli atau nak cancel order kerana ini bukanlah sumber pendapatan saya. Barang-barang ni saya nak let go sebab banyak sangat sampai penuh kat rumah ni. Ada yang saya dah sdekah dan ada yang saya jual preloved.”

“Tapi lagi berhemah kalau anda nak cancel order tu cakap je terus, tak perlulah nak segan silu, kami okey saja.”

“Runner dah habis minyak pergi sana dan you pun tak ada. Ramai orang lain yang nak beli, tapi saya utamakan awak sebab first come first serve.”

“Awak tak ada hati dan perasaan kat runner tu ke, kasihan kat runner kita. Tak perlulah nak pedajal orang lain.”

“Tolonglah jadi pembeli yang ada sikap bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi pada orang yang nak cod atau cash on delivery). Cakap beriya-iya, dah datang nak jual last-last batang hidung pun tak ada sorok dalam gua.”

Aduhai kesian Diana Danielle dan juga runner berkenaan. Sebenarnya inilah contoh pancaroba dalam berniaga. Memang ada pembeli jenis yang macam ni. Patutnya kalau tak jadi nak beli tu, kenalah beritahu, senangkan urusan orang lain.