Awal Ashaari muatnaik gambar baby kedua, Scha Alyahya selamat bersalin pagi tadi

25,808 views

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan isteri Scha Alyahya kini telah selamat menerima kehadiran anak kedua hari ini.

Scha Alyahya telah selamat bersalin anak kedua iaitu seorang baby girl pada jam 9 suku pagi, hari Jumaat bersamaan 12 Februari di pusat perubatan Prince Court.

Menerusi satu kenyataan, Awal Ashaari menyatakan bahawa isteri dan baby baru itu dalam keadaan stabil dan semuanya baik-baik sahaja.

“Syukur alhamdulillah, saya sekarang dah menjadi bapa kepada dua orang anak. Semua proses bersalin isteri saya telah dipermudahkan. Isteri saya dan baby baru kami dalam keadaan yang amat baik.”

“Jika diizinkan, kalau semuanya sudah selesai, Scha dan baby akan dibenarkan keluar tak lama saja lagi.”

Awal Ashaari juga sempat meluahkan rasa syukur sebab dah tunggu selama 6 tahun untuk timang anak kedua selepas anak sulung Lara Alana.

“Memang lama kami menanti untuk dapatkan baby yang kedua ini. Syukur sangat sebab semuanya dipermudahkan.”

“Lepas ini Scha akan berpantang di rumah kami. Lara Alana juga dah tak sabar nak tengok adik barunya itu.”

Awal Ashaari ada muatnaik gambar pertama baby kedua itu di laman IG. Ini caption yang ditulis di laman IG miliknya.

“Bismillah, kami satu family bersyukur kepada Allah diatas kelahiran anak kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan juga dengan 30 Jamadilakhir 1442 tahun hijrah.”

“Anak kedua, baby girl dengan berat ketika lahir 3 kilogram. Baby dan ibunya dalam keadaan baik serta masih berehat. Buat masa sekarang tidak boleh terima pelawak kerana sop yang telah ditetapkan.”

“Kami nak ucap terima kasih diatas doa serta sokongan semua pihak, welcome to the world “Baby L”.

Ini pula beberapa keping gambar yang diupload di Ig story milik Scha Alyahya setelah selamat melahirkan anak kedua.

Tahniah buat Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Seronoklah Lara Alana ada adik sebagai peneman lepas ni.