Awal Ashaari risau keadaan, perubahan Scha Alyahya ketika ini

106,850 views

Umum dah tahu bahawa pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal menimang anak kedua mereka sekitar bulan Februari tahun 2021.

Awal Ashaari kini akui agak risau dengan keadaan isterinya Scha Alyahya yang sedang hamil anak kedua mereka. Dari satu perkongsian Awal mendedahkan keadaan Scha Alyahya kini masih ada alahan yang agak teruk walaupun dah masuk trimester kedua usia kandungannya.

Jelas Awal lagi, isterinya kini juga berkelakuan tak seperti biasa sepanjang kehamilan kali ini yang mana kini Scha dah masuk 4 bulan lebih mengandung. Ini komen Awal Ashaari.

“Kali ini, ketika mengandung, keadaan Scha agak teruk berbanding sebelumnya. Dulu ketika mengandungkan Lara, selepas saja dah lebih dari tiga bulan usia kandungan, Scha dah okey dan kurang kena alahan. Namun sekarang ni, Scha masih muntah-muntah, perut rasa macam masuk angin dan satu badan lenguh.

“Harapnya tidak berterusan la kena macam ni. Jangan sampai seluruh sembilan bulan macam ni, kerana kalau ikutkan memang ada ibu yang terkena alahan macam ni sepanjang 9 bulan mengandung”.

“Untuk pengetahuan, Scha ni semasa mengandung, memang dia akan berubah jadi orang lain. Scha akan jadi seorang yang pendiam.

“Semasa tiga bulan hamil sebelum ni, Scha langsung tak sentuh handphone dan kalau tonton TV pun, dia tutup volumenya. Scha bagitahu dia rasa rimas dan sensitif bunyi kuat”.

Sementara itu, Lara Alana, anak sulung pasangan ini juga kini sedang dalam proses untuk belajar meneriam kehadiran adik baru.

“Lara Alana masih dalam proses nak belajar untuk terima adiknya kerana Lara masih ada rasa takut untuk berkongsi. Lara ada tanya pada saya, kalau baby keluar nanti, dia akan ada mainan dan bilik sendiri atau pun tidak.

“Selain tu, nama adik dia tu pun dia nak start dengan huruf depan L dan juga tak boleh guna nama sama iaitu Lara”.

Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengumumkan bakal menerima kehadiran baby kedua pada awal bulan Ogos yang lepas. Mereka mempunyai anak sulung Lara Alana yang kini dah masuk 6 tahun umurnya.