“Ayah tinggalkan ibu sejak tahun 2017” Dai Syed dedah punca hubungan dengan bapa jadi keruh

5,589 views

Nama Dai Syed jadi viral sejak dua tiga hari ini. Selepas kesnya melibatkan seorang wanita disebarkan, ada pula kenyataan dari ayah kandungnya yang turut menjadi tumpuan.

Secara tiba-tiba, hubungan dingin antara Dai Syed dan bapanya iaitu Seif Jamalullail diketahui ramai, apabila bapanya mendedahkan, mesejnya telah diabaikan sahaja tanpa sebarang reply sejak dua tahun lalu.

Akhirnya, melalui satu kenyataan rasmi, Dai Syed akui tentang hal berkenaan malah menyatakan punca sebenarnya hubungan antara dirinya dan ayah kandung menjadi kurang rapat.

Dai Syed memberitahu bahawa, hubungan dengan ayahnya itu kurang baik setelah ayah tak setuju dia masuk ke program reality Dai pada tahun 2016.

Kemudian, hubungan menjadi lebih keruh apabila ayahnya itu meinggalkan ibu kandungnya dan pergi ke Mesir pada tahun 2017. Ini komen dari Dai Syed tentang hal ini.

“Saya ambil maklum tentang satu stauts di Facebook oleh pengguna bernama Seif Jamalullail iaitu bapa kandung saya. Isi kandungannya telah disebar dan menjadi topic di beberapa portal”.

“Bagi saya isu tentang hubungan antara bapa kandung dan saya merupakan satu isu peribadi yang perlu disimpan untuk diri saya sendiri”.

“Cukuplah sekadar saya mahu membuat kenyataan bahawa bapa saya telah lama meninggalkan ibu sejak tahun 2017, dan kemudian telah berpindah ke Cairo, Mesir”.

“Hubungan antara bapa dan saya mula jadi keruh sekitar awal tahun 2016 apabila bapa tak setuju dengan pilihan kerjaya hidup saya ketika mahu sertai rancangan Dai yang ditayangkan di TV.

“Dengan rasa hormat seorang anak kepada bapa, saya terima segala nasihat yang telah diberikan dengan hati terbuka”.

Itulah kenyataan rasmi yang dibuat oleh Dai Syed seamlam menerusi laman media sosial rasmi miliknya. Tambah pendakwah muda ini, dia menuntut pihak yang mula buat dakwaan itu untuk memohon maaf dan membuat kenyataan untuk perbetulkan keadaan, dan jika tidak, dia akan ambil tindakan undang-dundang.