Categories: Hiburan

Ayda Jebat terbuka cerita, dedah suami masih simpan cincin bekas kekasih

Kini dah enam bulan Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga. Sejak kahwin memang banyak cerita tentang pasnagan ini.

Dari cerita berkenaan baju kegemaran Nabil yang koyak, suka bau Ayda Jebat, sampailah ke berita gembira iaitu Ayda Jebat dah pun berbadan dua, memang pasangan ini sering jadi perhatian orang ramai.

Kali ini ada satu cerita baru dari pasangan ini. Ayda Jebat ada buka ruang pertanyaan kepada peminat yang nak tanya apa saja tentang suaminya, Nabil Mahir.

“Apa saja tentang Nabil, korang nak tahu pasal apa, bocorkan rahsia dia.” Tulis Ayda Jebat.

Para peminat ada mulanya bertanya sama ada Nabil ini seorang yang kuat cemburu. Ayda menjawab bahawa suaminya itu langsung tak cemburu.

“Tak cemburu langsung, tu dia suruh kita cinlok banyak-banyak, kan love, Nabil.”

Kemudian ada pula bertanya tentang kisah cinta lama Nabil Mahir. Ada yang bertanya sama ada Nabil pernah putus tunang sebelum ini.

Ayda menjelasakan suaminya itu tak pernah bertunang sebelum dengan dirinya saja. Nabil pernah membeli cincin, tapi tak sempat beri kepada kekasihnya sebelum ini.

“Nabil tak pernah bertunang, dia tak sempat, dah tiada jodoh. Tapi cincin yang dia beli untuk bekas kekasih dia tu ada lagi. Saya suruh dia simpan saja, untuk buat kenang-kenangan.”

“Putus tunang dia tak pernah lagi, putus cinta dah beberapa kali, putus contact dengan skandal kerap kali, tapi sekarang ni tak ada dah. Hanya diri saya dan baby kami saja.”

“Hidup mesti banyak pilihan, barulah adanya pengajaran kehidupan. Tetapi sekarang ni saya dah jadi isteri dia yang sah. Saya menang tanpa bertanding.”

Memang cool saja Ayda Jebat jawab persoalan tentang kisah lama suaminya itu dengan bekas kekasihnya.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bernikah pada 1 Januari 2021, dan kini Ayda Jebat sedang berbadan dua.

Recent Posts

Netizen terhibur Tok Ram gurau dengan Alyah, siap panggil “Jah”, kata tak cantik

Pasangan suami isteri, composer Datuk Ramli Ms dan penyanyi, Datin Alyah kadangkala jadi tajuk berita. Bukannya ada isu apa, tetapi…

22 hours ago

“Dah tangkap semalam, hari ini tahan reman” Polis sahkan Safiey Illias direman

Sebelum ini ramai yang kurang senang dengan video yang dibuat oleh usahawan bernama Safiey Illias dan rakannya. Ada beberap video…

2 days ago

Neelofa sumbang 15 katil berharga RM90ribu kepada Hospital Melaka

Semasa perintah kawalan pergerakkan ini nama usahawan dan selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa selalu terpampang di tajuk berita. Ianya…

2 days ago

“Tindakan undang-undang akan diambil walaupun anak saya” Datuk Ismail Sabri

Kecoh tentang rancangan hjiburan All Together Now yang menghimpunkan 50 juri di atas pentas. Antara yang jadi perhatian ialah penglibatan…

3 days ago

(Video) Family tak tahu di mana Sajat berada, saya tak nak amik tahu ~ Mustika

Sajat nama yang cukup terkenal kat Malaysia. Ketika ini jutawan ini sedang hilang dari radar, setelah diburu pihak berkuasa. Semuanya…

3 days ago

Komen ibu Haqiem Rusli beri hint.. gadis cantik ini bakal isterinya?

Penyanyi yang juga composer muda berbakat besar, Haqiem Rusli telah buat satu kenyataan yang agak mengejutkan baru-baru ini. Pada umur…

4 days ago

This website uses cookies.