Pengacara terkenal tanah air, Azwan Ali sekali lagi terpalit dengan satu isu baru-baru ini.
Terkenal dengan tagline why bother, Azwan Ali yang turut dikenali dengan nama Diva AA telah dipanggil pihak polis.
Pihak polis dari Bukit Aman mengesahkan hal berkenaan iaitu telah memanggil Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan tentang satu.
Datuk Huzir Mohamed, pengarah siasatan jenaya memaklumkan, satu siasatan telah dibuat ke atas Azwan Ali sebab video yang menunjukkan selebriti itu seperti memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Pahang.
Ini kenyataan dari Datuk Huzir: “Pihak Polis memang sah ada terima report dan kini sedang adakan satu siasatan berkenaan klip video Azwan Ali. Dilihat dia telah perlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”
“Klip video sepanjang 41 saat itu mula tersebar lantas menjadi viral setlah dimuatnaik oleh pengguna akaun Facebook dengan nama Zai Mikail pada tarikh 12 Januari 2021 yang lalu.”
“Pada hari Khamis, bertarikh 21 Januari 2021, Azwan Ali telah dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.”
“Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut”
Tambah Datuk Huzir, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Melalui video itu Azwan Ali dilihat membuat perutsan sendiri dan mengatakan pengumuman darurat sedikit pun tak memberi kesan kepadanya.
“Perutusan khas truly Diva AA, darurat pui pui, sikit Diva AA tak terjejas, pergi mam dengan kau punya darurat, kalau kau nak selamatkan temolok kau, itu kau punya pasal.”
Polis memohon orang ramai agar guna platform media sosial dengan berhemah dan jangan cuba nak buat sesuatu yang boleh ganggu gugat keharmonian negara.
Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita pernikahan pelakon jelita dari negara jiran iaitu Hannah Delisha dengan Imam Shah. Rupanya…
Bekas pengacara rancangan jalan-jalan cari makan, Maria Tunku Sabri jadi perhatian warganet ekoran satu nama menu yang diberikan olehnya ketika…
Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini telah pun secara terbuka tayang wajah anaknya baru-baru ini di usia anaknya dua…
Ada satu video di Instagram yang diupload oleh jutawan terkenal Dato Seri Vida yang jelas menunjukkan cincin emas yang amat…
Asam garam kalau berniaga, kadangkala untung banyak tetapi boleh juga jatuh dan alami kegagalan. Itulah pahit manis jika berniaga. Pelakon…
Pelakon Azhar Sulaiman diketahui mempunyai seorang anak gadis yang amat popular di laman media sosial bernama Kasih Iris Leona. Leona…
This website uses cookies.