Bahan Sherry Alhadad: Isteri Mark Adam pula tampil beri respon

4,310 views

Nampaknya isu lawak Mark Adam yang membahan bentuk badan Sherry Al-hadad semakin diperkatakan terutama dari makcik bawang yang kurang gemar dengan lawak sedemikian.

Isteri kepada Mark Adam, Norazah Redzuan atau lebih dikenali sebagi Ezan turut tampil beri respon balas ekoran komen dari segelintir netizen yang suka membuat andaian kesalahan terhadap kesalahan orang lain.

Jelas isteri Mark Adam, suaminya itu dah terima komen yang kurg baik dari netizen di laman Instagram (IG) walaupun Mark sendiri dah mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada semua orang termasuk Sherry Alhadad.

“Kita semua ni jadi manusia jangan asyik suka sangat nak menghukum orang. Bila dia salah, yes! Dia salah dan dia dah mengaku pun.

“Tp jgan hukum dia mcam kita ni ahli syurga yg tak pernh buat dosa. Makihamun dia semua. Cakap orang Malaysia ni penuh dengan budi bahasa? Apa bhsa yg korang guna untuk komen dekat dia?”

“Ya betul dia salah, ada silap dia. Yg kita semua ni tahu ke silap kita? Lebih baik kita ni fokus pda diri sendiri sblum jatuhkn hukum pda org lain.

“Tak slah nk tegur slah seseorang itu, tpi jgan smpai kita berlgak yg kita ni tak pernah buat salah.

“Membuat kesalhan itu sesuatu yg biasa, tapi aku keslahan dn minta kemaafakan itu sesuatu yang luar biasa, tidak semua orang berani melakukannya”.

Itulah komen panjang lebar dari isteri Mark Adam tentang kejadian yang melanda penyanyid ari Filipina itu.

Sebenarnya Mark Adam sendiri secara profesional dan rendah diri telah minta maaf secara terbuka ke atas apa yang lah teberlaku dan dia sendiri telah pun menelefon Sherry secara peribadi berkenaan hal itu.

Sherry yang juga merupakan pelakon dan juga pengacara sendiri melalui ruaang komen di IGTV tersebut supaya memaafkan Mark kerana kita semuanya hanyalah manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Rakan hos kepada Sherry, Alif Satar juga turut meninggalkan komen positif terhadap apa yang dikongsi oleh Mark Adam.

Sebelum ini Mark Adam memang teruk kena dengan netizen dan tentera bawang seMalaysia selepas mempersendakan hos Sherry ketika siaran langsung konsert Big Stage pada malam Ahad yang lepas.