Baju macam Big Bird, ini respon Che Ta

5,158 views

Satu majlis anugerah yang amat berprestij iaitu Anugerah Skrin (ASK) 2019 telah berlangsung baru-baru ini. Majlis berkenaan berlangsung pada hari Jumaat lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Memang ramai yang hadir majlis anugerah berkenaan dan antaranya ialah Rozita Che Wan. Di majlis red carpet, pelakon dan pengacara berkenaan telah mencuri perhatian orang ramai kerana tampil dengan memakai baju serba kuning. Sememangnya Rozita Che Wan yang sinonim dengan nama Che Ta kelihatan begitu menyerlah dengan pakaian berkenaan.

Walaupun mendapat pujian orang ramai, ada sesetengah netizen telah menggelar penampilan Che Ta itu umpama karakter popular Big Bird, satu watak burung berwarna kuning yang dikenali menerusi rancangan kanak-kanak Sesame Street.

Selain digelar big bird, ada netizen yang berkata baju berkenaan sama seperti pulut kuning bertingkat-tingkat, alamak samakan dengan makanan pula dah.

Walaupun banyak gelaran yang dilontarkan kepada bajunya, isteri kepada Zain Saidin ini langsung tak marah mahupun melatah. Baginya memang netizen selalu saja perkatakan tentang fesyen yang memang dah lali apabila selalu jadi bahan lawak di media sosial.

“Sy dah masak dan paham dgn perangai netizen yg mudah terhibur dengan perkara seperti ini. Sy pun tak kisah dan tak ambil serius pun dengan hal ini. Sekali pandang, memanglah ianya kelihatan macam serupa, akan tetapi tetap tidak sama. Sebaliknya, sy anggapnya sebagai sesuatu yg melucukan saja. Sy yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka cuba gabungkan gambar saya dan karakter burung (big bird) itu dalam kolaj.

“Sy amat menghormati kreativiti dan kegigihan para pereka fesyen (fashion designer). Bukan senang nak hasilkan gaun yang unik dan cantik.

Itulah komend ari Che Ta yang selamba sahaja dengan komen para netizen, ternyata pelakon ii sentiasa menghargai usaha fashion designer.

Untuk pengetahuan, pada malam itu, Che Ta hadir dengan suaminya Zain Saidin.

Share this on...