Baju singkat dan sendat, Raja Ilya akui budaya barat dah sebati sejak kecil

4,623 views

Raja Ilya kini dah berkahwin dan kini menetap bersama suaminya di Perth, Australia.

Ketika perkahwinannya dengan Trent Garret, banyak yang mempersoalkan cara pemakaian Raja Ilya, malah ada yang mengatakan pelakon ini terlalu kebaratan.

Imej Raja Ilya yang dilihat mencolok mata dengan pakaian yang singkat dan terdedah membuatkan ramai mengatakan dia terlalu terikut budaya suaminya.

Malahan ada juga yang melabel Raja Ilya ini seperti lupa diri dan juga seperti mat saleh celup.

“Kalau terdesak itu namanya jual diri. Pendapat saya, ianya sangat subjektif. Saya suka pakai baju tunjuk bentuk badan dan singkat sejak aktif berlakon.”

“Contoh ada yang berpakaian sopan, tetapi tetap nampak seperti mencolok mata daripada pandangan mata seseorang. Seksi ni tak terbatas jika mendedahkan kulit atau pakai sendat saja.”

Pelakon ini turut mengatakan dia bukanlah terikut dengan budaya barat seperti yang di katakan.

“Budaya barat ni dah sebati dalam hidup saya sejak dari kecil lagi. Bila dah kahwin dan duduk oversea, saya dah sedar betapa ceteknya pemikiran dan betapa naifnya saya.”

“Saya senang sangat percaya bila ada orang yang cakap orang barat ni jahil dan macam-macam lagi. Kita ni suka menghukum.”

“Sebenarnya tanggapan ni salah. Orang barat juga ada kepercayaan dan agama. Sama macam negara kita, ada pelbagai agama. Ada di antara mereka yang kuat agama juga.”

“Oleh itu, boleh saya rumuskan, kita kena fikir positif, tambah ilmu. Janganlah cepat sangat nak menghukum.”

Lama duduk dalam perantauan di negara Australia, Raja Ilya akui dia belum pasti bila boleh kembali pulang ke Malaysia, terutama dengan peraturan perintah kawalan pergerakkan yang amat ketat sekarang ini.

“Dah genap setahun saya duduk di Perth. Kalau boleh, memang mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin jika pintu sempadan dah dibuka.”

“Apapun saya kena berhati-hati, sebab jika silap percaturan akan membawa padah kat diri sendiri dan boleh tersebar ke orang lain pula nanti.”