“Banyak tanda tanya, saya fikir Mira Filzah ni pregnant ke” Amyra Rosli

5,506 views

Amyra Rosli kini akan mengambil alih tugas sebagai pengacara rancangan Nona yang disiarkan setiap hari Ahad. Pelakon ini akan menggantikan pelakon popular Mira Filzah.

Memang tak dapat nak digambarkan perasaan setelah menerima tawaran untuk menggantikan Mira Filzah.

Malah, Amyra sampai terfikir, dan tertanya-tanya kenapa dia akan gantikan Mira Filzah, adakah sesuatu berlaku kepada Mira Filzah.

Apabila saya diberitahu yang saya akan ganti Mira Filzah, begitu banyak tanda tanya berlegar dan bermain di fikiran saya ni. Antaranya saya tertanya, adakah Mira Filzah ni pregnant, mengandung atau dia ni dah habis kontrak kah, memang banyak yang saya fikir.

Pada mulanya, saya sebenarnya nak mesej dia (Mira Filzah) melalui DM namun tak terluah pula kerana masa tu pihak Media Prima masih lagi ada perbincangan dengan Mira Filzah. Masa itu belum ada kata putus.

Oleh tu, saya akan hubungi Mira Filzah selepas sidang media rasmi. Saya nak tanya tips atau pendapat sebagai kawan-kawan dan juga keluarga rancangan Nona.

Jelas isteri kepada Amar Baharin ini, dia memang terkejut bila dapat tahu ditawarkan sebagai host rancnagan Nona, satu rancangan yang besar dan kuat jenamanya.

Awal-awal saya terkejut kerana semua pun tahu Nona ni adalah satu program televisyen yang teramat besar.

Memang pernah bercita-cita dan pasang impian nak jadi pengacara namun ilmu saya masih lagi belum cukup.

Setelah saya terima offer sebagai pengacara Nona, rasa takut-takut itu terus saya buang dan nak cabar diri saya ni keluar dari zon selesa.

Amyra Rosli telah bersedia dan membuat persiapan yang rapi untuk tampil sebagai pengacar Nona yang baru. Jelasnya, dia akan cuba untuk lari dari cara pengacra terdahulu malah akan cuba tampilkan cara pengacaraan yang lebih cheeky agar lebih rapat dengan para penonton.

Dari rancangan awal, penerbit merancang untuk buat satu episod kash Nona pada 8 Ogos ini yang menampilkan Amyra Rosli dan juga Mira Filzah.