Dah beberapa kali kantoi, saya ada bukti – Hanna

5,520 views

Nampaknya kes antara pasangan suami isteri yang sedang viral iaitu Baa Azhar dan juga Hanna Baa semakin rumit. Kes ini berkaitan Hanna yang mengatakan suaminya itu, Azhar telah mempunyai hubungan dengan bff nya sendiri iaitu Yaya yang merupakan usahawan kuih bulan.

Setelah Hanna mendedahkan di laman FB, nampaknya, Yaya dan Azhar kedua mereka telah tampil memberi kenyataan mereka.

Yaya mengatakan mustahil dia dah berkahwin dengan suami orang. Manakala Azhar pula mengakui dia jatuh hati dengan Yaya dan nak kahwin tapi tak dapat kebenaran berkahwin dari isteri pertamanya itu, dan dia memang tak berkahwin di negara jiran.

Kini Hanna tampil dengan kenyataan kedua tentang isu ini.

“Sy nak perbetul dakwaan orang yang berkata bahawa perkara ini merupakan marketing semata mata. Sy langsung tak terdesak nak buat marketing murahan macam gitu akan tapi, apa yg saya dedah semalam adalah luahan dari hati saya ini yang sangat tersakiti kerana telah dikhianati. Saya tak sangka perkara ini terus viral.

“Diri ini dah tidak dapat nak tanggung sebab sy telah diperkotak katik, ke kiri dan kanan,sekaligus membuatkan sy mendedahkan perkara itu di FB.

“Mereka ingat saya tak akan berani, lemah dan akan terus menangis dan meratap, dan mereka ingat saya merupakan seorang yang naif dan akan percaya dengan kenyataan yang maan mereka buat penafian itu.

“Sebelum mendedahkan hal itu di FB, saya dah bersemuka dgn wanita itu, contact family wanita itu, akan tetapi ianya langsung tak berjaya seperti yang saya harap. Rayuan saya nampaknya telah tak diendahkan malah saya pula yang ternampak buruk. Allah sahaja yang tahu betapa tensionnya diri ini sedangkan saya adalah mangsanya akan tetapi mereka pula lagi mahir untuk ‘play victim’.

“Teruskanl buat penafian sebab saya tahu mereka ada periuk nasi yang kena jaga, sedangkan saya tak ada apa-apa pun. Saya tidak pernah buat kenyataan suami abaikan saya. Tetang responsibility dan nafkah, saya tahu setakat mana kemampuan suami.

“Saya langsung tak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yg didakwa tetapi pengkhinatan ini terbongkar setelah beberapa kali mereka telah kantoi dan saya ada buktinya.

“Ketika ini, yes betul, saya masih lagi belum cerai tetapi saya sedang dalam proses untuk failkan penceraian sebab saya dah tidak sanggup lagi untuk terus dipermainkan.

“Kini saya nak fikirkan tentang diri saya dan anak-anak namun mereka boleh teruskan untuk acah-acah jadi mangsa (play victim). Good Luck diucapkan.

Itulah kenyataan dari Hanna yang dibuat di laman FB miliknya petang hari ini.