Bekas ibu mertua terkilan sikap Imam Muda Syed Faris

4,352 views

Peserta final Imam Muda pada musim 2014 iaitu Syed Faris Syed Roslan, 34 tahun kini jadi tumpuan rakyat Malaysia. Ini ekoran tersebarnya cerita berkenaan rumah tangganya.

Syed Faris dikatakan telah malafazkan talak satu kepada isterinya yang bernama Nur Hidayu pada 28 Mei tahun ini.

Tentang kronologi kes, Nur Hidayu, 33 tahun memberitahu dia dan suami berpisah hanya setelah suaminya berkahwin dengan isteri baru.

Nur Hidayu mengatakan dia telah dikasari madunya setelah Syed Faris bercadang nak menceraikan salah seorang daripada isterinya.

Jelas wanita ini lagi, Syed Faris hanya memebritahunya bahawa telah bernikah dengan wanita lain pada akhir bulan Januari tahun ini, ianya ketika Hidayu baru lahirkan anak kelima mereka.

Hidayu kemudian nampak perubahan mendadak suaminya, sering balik lewat dan kadangkala langsung tak pulang ke rumah. Malahan, Syed Faris juga didakwa tak lagi memberi nafkah.

Alasan awal Syed Faris untuk kahwin dua sebab nak membantu kewangan keluarga, keraan wanita berkenaan bijak berniaga online.

Namun, Nur Hidayu menyatakan hasrat Syed Faris dihalang sebab Nur Hidayu fikirkan hal anak-anak mereka.

Setelah hal ini tersebar, Puan Zainab, ibu kepada Nur Hidayu yang juga bekas ibu mertua Imam Muda Syed Faris, tampil memberi komen tentang perkara ini.

Wanita berumur 60 tahun itu menyifatkan bekas menantunya itu sebagai seorang yang tak ada sikap tanggungjawab.

Dikatakan, Syed Faris juga beberapa kali kantoi berlaku buat hal curang terutamanya ketika Hidayu sedang mengandung.

Zainab amat kesal dan kecewa setelah mengetahui tujuan Syed Faris nak kahwin lain adalah kerana  kononnya untuk bantu kewangan keluarganya.

Bila saya tanya, alasan yang diberikan pada saya, dia kata nak jana ekonomi dan bantu kewangan keluarga. Katanya wanita berkenaan pandai buat bisnes online selain dari untuk elakkan adanya sebarang mksiat“.

Sebagai ibu, Zainab redha dengan apa yang berlaku dengan anaknya setelah 13 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Syed Faris dan Nur Hidayu bergelar suami isteri pada tahun 2007 dan mereka mempunyai lima orang anak yang sulung kini 12 tahun dan yang bongsu belum pun setahun umurnya.