Bella jenis tak heboh masalah rumahtangga, pendedahan rakan

4,351 views

Kisah bertebaran tentang satu isu yang kononnya sedang melanda rumah tangga pelakon popular dari negara seberang, Laudya Cynthia Bella dan suami dari Malaysia, Engku Emran. Perkahwinan mereka dikatakans edang diuji dan dalam keadaan sedang goyah.

Kisah ini nampaknya telah mendapat perhatian dari portal hiburan Indonesia dan menjadi topic di sana. Malahan ianya turut mendapat perhatian dari pelakon popular Indonesia, Raffi Ahmad, yang juga rakan kepada Laudya Cynthia Bella.

Menurut satu laporan portal hiburan dari Indonesia, Raffi Ahmad telah menyifatkan Laudya Cynthia Bella sebagai seorang wanita yang mempunyai keperibadian yang teramatlah baik dan seorang yang setia.

Ini komen Raffi: “Yes, dia seorang yang sangat baik, dan juga seorang yang setia. Bella sanggup berkorban dan telah berpindah ke Malaysia untuk tinggal di sana, ikut suami. Dia terima apa adanya dengan segala kekurangan dan itulah dia, luar dan dalam berusaha menjadi wanita dan isteri yang baik”

Raffi berkata demikian melalui satu interview pada hari Khamis. Sementara itu, Raffi Ahamd juga memberitahu bahawa Laudya Cynthia Bella mempunyai sifat dan sikap yang mirip dengan isterinya sekarang iaitu Nagita Slavina.

Bagi Raffi Ahmad, kedua-dua wanita berkenaan memang amat bijak untuk sembunyikan masalah jika ianya membabitkan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.

Ini jelas Raffi: “Sebenarnya Nagita sama Bella itu sama, mereka jenis yang tak hebohkan masalah rumah tangga. Tahap kematangan mereka itu sama dan itu membuktikan mereka wanita yang baik”

Diimbas kembali, telah kecoh di media Indonesia yang melaporkan kononnya hubungan perkahwinan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah goyah dan ianya dikaitkan kerana wujudnya orang ketiga yang dikatakan mahukan Engku Emran.

Laudya Cynthia Bella pernah buat kenyataan dia tak nak lagi upload gambar Engku Emran kerana dia khuatir jika Engku Emran itu jadi sasaran wanita lain.