“Belum diluluskan” Ini kenyataan media MyIPO, nasihati Noor Kartini

2,746 views

Ibu kepada selebriti terkenal tanah air Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed jadi buah mulut kerana dikatakan nak pattern kan nama Harimau Menangis, jenama daging yang dijualnya.

Namun ianya jadi viral dan tak disetujui oleh warga maya kerana daging harimau menangis adalah nama yang amat common dan ramai peniaga yang guna, sebelum digunakan oleh Noor Kartini.

Melihat isu ini agak panas diperkatakan, Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) memberi respon tentang penggunaan perkataan harimau menangis.

MyIPO menerusi satu kenyataan media, meminta Noor Kartini jangan buat kenyataan yang mengatakan jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan serta jadi hak ekslusif beliau.

Ketua Pengarah kepada MyIPO, iaitu Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, memang pihak MyIPO ada dapat permohonan dari Noor Kartini untuk daftarkan jenama Harimau Menangis. Ianya baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun 2020 melalui syarikat miliknya dan suami iaitu Noor Khan Enterprise.

Katanya lagi, nama berkenaan masih lagi dalam peringkat pemeriksaan danbelum pun lulus lagi.

“Jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau (Noor Kartini) belum lagi diluluskan dan ianya belum jadi hak eksklusif Noor Kartini.”

“Permohonan itu sama ada ianya akan diluluskan ataupun tak, adalah bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh pihak MyIPO.”

“Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului MyIPO dengan mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftarkan.”

“Orang ramai terutama pemilik jenama diminta untuk daftarkan cap dagangan mereka untuk lindungi jenama mereka ditiru.”

Ini kenyataan penuh dari pihak MyIPO tentang isu ini.

Melihat komen-komen dari netizen, rata-rata meminta pihak MyIPO untuk tidak meluluskan permohonan berkenaan.

 “Jangan luluskan. Hak semua peniaga yang ada resepi Daging Harimau Menangis untuk guna nama tu. Hak peniaga dan mereka yang dah ada resepi berkenaan” tulis seornag pengguna bernama Tajuddin.

Ramai yang tak setuju kerana nama daging harimau menangis ini terlalu common dan dah lama digunapakai sejak dulu lagi.

Dalam pada itu, Noor Kartini turut ada buat permohonan maaf kerana video yang mengatakan orang lain tak boleh guna nama harimau menangis. Ini kenyataan dari Noor Kartini.

Noor Kartini mahu pattern kan jenama Harimau Menangis, daging yang dijual oleh AuntyTini.